suria

Caprice sudah siap sedia bukti, cabar Ebit Lew hantar segera surat saman

Caprice dan Mondy dalam sesi podcast yang bakal dikeluarkan Jumaat ini.

ISU membabitkan penyanyi rap Caprice dan pendakwah selebriti terkenal iaitu Ebit Lew menjadi semakin hangat dan kini memasuki episod baharu.

Dalam hantaran terbaharu dimuat naik di Instagram, Caprice atau Ariz Ramli, 33, meminta supaya Ebit segera menghantar surat saman kepadanya susulan pendedahan yang dilakukan dalam sesi podcastnya.

"Salam Ebit Lew, kalau boleh cepat sikit hantar saman tu," katanya.

2130303

Ebit Lew ketika membawa Mondy masuk ke Malaysia.

Menurut Caprice, permintaan itu bagi membolehkan pihak Mondy menghantar semula saman kepada pendakwah berkenaan beserta bukti.

"Ia supaya pihak Mondy boleh saman balik sekali dengan bukti," ujarnya.

Dalam hantaran sama, penyanyi itu memaklumkan bahagian dua dan tiga pendedahan wanita bertatu dari Indonesia dikenali sebagai Mondy Tato akan disiarkan Jumaat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulang dari Jeddah, Ebit Lew buat laporan polis dakwa diri difitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Mondy Tattoo dedah individu berwatak alim cuba menggatal dalam kereta... Siap tutup tingkap dengan tirai!

Menerusi video yang dikongsi, Mondy mendedahkan bahawa dia tidak pernah belajar membaca al-Quran, solat malahan bertemu dengan isteri Ebit seperti yang dikatakan sebelum ini.

Tambah Mondy, setiap pendedahan yang dilakukan itu adalah realiti dan bukan cakap kosong.

"Ini bukan fitnah, ini bukan cakap kosong. Satu masa nanti akan terbukti kebenarannya," ujarnya.

Kalau boleh cepat sikit hantar saman, supaya pihak Mondy boleh saman balik sekali dengan bukti

CAPRICE

PENYANYI RAP

Pada pagi Isnin, Ebit tampil membuat laporan polis berhubung beberapa fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya (USJ 8), Selangor.

Kata Ebit, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan peguamnya untuk mengambil tindakan susulan.

Laporan polis itu dilakukan selepas Mondy membuat pendedahan bahawa terdapat beberapa kali cubaan gangguan seksual kepadanya oleh individu yang berperwatakan alim.

Mondy mendakwa kejadian berlaku bermula hari pertama dia tiba di Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain