suria

Mondy Tattoo dedah individu berwatak alim cuba menggatal dalam kereta... Siap tutup tingkap dengan tirai!

Mondy membuat pendedahan dalam sesi temubual bersama Caprice.

KISAH wanita bertatu penuh di muka bernama Mondy Tattoo dari Indonesia pernah tular pada Jun lalu sehingga menarik perhatian ramai rakyat Malaysia.

Kini selepas lebih tiga bulan, Mondy yang pernah dilabel sebagai seorang gelandangan terus menjadi perbualan hangat di media sosial.

Terbaharu, Mondy tampil membuat pendedahan mendakwa terdapat beberapa kali cubaan gangguan seksual oleh individu dengan perwatakan alim.

Menerusi video temuramah bersama penyanyi rap, Caprice, Mondy mendakwa kejadian berlaku bermula hari pertama dia tiba di Malaysia.

Kejadian pertama didakwa berlaku ketika dia menaiki kereta bersama individu berkenaan di tempat duduk belakang.

“Kalau lelaki dan perempuan bukan mahram, tidak boleh bersentuhan. Tetapi terjadilah (perbuatan) bersentuhan dengan aku.

“Beliau pakar agama, tapi kenapa dia pegang tangan aku sedangkan aku bukan mahramnya. Aku lepaskan tangan,” dedah Mondy menerusi rakaman berdurasi kira-kira 28 minit, yang dimuat naik di YouTube, pada Jumaat malam.

Seterusnya, Mondy mendakwa cubaan kedua berlaku selepas mereka selesai makan malam.

“Selepas semua sudah makan, aku masuk ke kereta dulu. Dan selepas berbincang, sesuatu terjadi. Dia kemudian mahu datang dekat, tapi datang si pemandu yang menegur kenapa cermin kereta ditutup dengan tirai,” katanya.

Mondy ketika kunjungannya ke Malaysia, baru-baru ini.

Dakwa Mondy lagi, cubaan ketiga apabila individu berwatak alim berkenaan mula memuji kecantikan wajahnya terutama tatu yang memenuhi sebahagian muka.

“Dia tanya tatu kamu ini cantik sekali. Kenapa dicoret-coret katanya, tapi dia mengusap pipi. Sentuhan macam tu bukan mahram,” katanya.

Menurut wanita itu lagi, dia benar-benar terkejut dengan apa yang berlaku terutama sikap sebenar yang ditunjukkan individu tersebut.

“Dia sepatutnya menjadi contoh yang baik dan aku datang dari Indonesia ke Malaysia kerana benar-benar mahu belajar (agama) dengan lebih baik lagi.

“Ternyata sebelum belajar, dia sudah seperti itu. Aku fikir ustaz baik, dia memang baik. Tapi dalam kereta mahu cium aku, pegang-pegang tangan aku, terus usap-usap pipi.

“Itu baru hari pertama, macam-macam dengan hari-hari seterusnya aku di Malaysia? Aku tak tahu apa yang bakal dilakukannya nanti.

“Dan aku punya hak sebagai manusia, membela diri selagi aku betul mengenai apa yang aku cakap,” ujar Mondy yang kelihatan tergamam.

Terdahulu, kisah Mondy, seorang warga Indonesia disantuni seorang individu berwatak alim ketika kunjungannya ke negara Republik, tular di media sosial.

Ramai yang memuji usaha dakwah individu terbabit apabila cuba mengubah cara hidup ibu tunggal muda berkenaan untuk mendekati Islam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain