suria

Rakan busker ada waktu susah senang, Shaa tak mahu gerak solo… “Rezeki bukan untuk saya seorang”

Sha sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diperolehinya.

SELESA bergelar penghibur jalanan, penyanyi Shaa tidak pernah terfikir untuk bergerak solo atau meninggalkan kumpulan busking yang disertainya itu.

Kata Shaa atau nama sebenarnya Juzratul Nisha Johari, 29, ini kerana rakan-rakannya itu setia berada di sisinya ketika susah atau senang.

"Dari dulu saya dengan mereka jadi sampai sekarang pun nak bersama mereka juga. Pendirian saya tetap macam itu takkan berubah.

sha 2

Shaa sentiasa terima tawaran nyanyian secara solo.

"Saya ada ambil persembahan solo cuma tinggalkan busking itu tak akan terjadi. Kalau naik kita mesti naik sama-sama," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Shaa, dia pernah berhijrah ke Kuala Lumpur selama dua tahun sebelum ini namun ia hanya sekadar usaha yang sia-sia.

Baginya tidak mudah untuk menjalani kehidupan di ibu kota itu bersendirian, dalam masa sama mengusahakan perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kurang rezeki menyanyi, Shaa jual murtabak

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Salah Apa Shaa Terpaksa Minta Maaf?

"Saya pernah berhijrah selama dua tahun di Kuala Lumpur, tanpa busking tapi saya rasa down. Rasa macam tak boleh buat apa-apa.

"Berniaga di sana agak susah... tak macam dekat Kedah. Bila rasa down masa itu saya terus balik ke Kedah busking semula dengan mereka.

"Mereka juga mengalu-alukan kembali kehadiran saya sehinggalah hari ini," katanya lagi.

Mengulas lanjut penyanyi lagu Pertama Kali ini, percaya rezeki yang dimiliki bukan untuknya seorang diri namun perlu dikongsi bersama rakan-rakannya.

Snapinsta.app_263819202_303138445053761_4506781773798107508_n_1080

Shaa bersama rakan-rakan buskernya.

Jelasnya, jika dia berhijrah ke tempat lain suatu hari nanti pasti rakan-rakannya sepejuangannya akan dibawa bersamanya.

"Memang macam mana sekali pun nak tetap bersama mereka. Saya percaya rezeki saya bukan untuk saya seorang tapi berkongsi bersama mereka. Mereka selalu sokong saya.

"Tapi saya tak ada rancang nak berhijrah... kalau saya berhijrah pun sorang-sorang pun tak seronok. Rakan-rakan saya pun kebanyakan dah berumah tangga," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain