suria

Tajul terkilan dituduh tak bagi kerjasama, sudah beri keterangan kes kemalangan rakan

Tajul sempat beri bantuan semasa kemalangan.

PENYANYI Tajul Arif sudah memberikan keterangan kepada polis berhubung kemalangan membabitkan rakannya iaitu Allahyarham Megat Muhammad Thaqief, 24, yang berlaku di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) pada tengah malam 24 April lalu.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md. Shari, 34, bagaimanapun menyangkal dakwaan dia enggan menjadi saksi berhubung kejadian itu seperti yang didakwa segelintir netizen.

Terkilan dengan tuduhan tersebut, Tajul menjelaskan dia sudah memberi keterangan di Balai Polis Nilai, Negeri Sembilan pada 17 Mei lalu selepas mendapat panggilan daripada pihak berkuasa.

tajul 1

Tajul sudah berikan kerjasama dengan pihak polis.

"Saya sudah beri keterangan... khabar kata saya tak bantu siasatan itu tidak benar sebab ketika itu polis belum hubungi saya untuk beri keterangan.

"Saya dapat panggilan pada Khamis malam dan Jumaat tengah hari saya pergi ke balai beri keterangan," katanya kepada mStar.

Kata Tajul, ketika kejadian dia berada di belakang arwah dan tidak dapat melihat insiden tersebut dengan jelas.

Malah semasa kejadian dia ada memberikan bantuan kecemasan selain membantu menguruskan sehingga sehingga jenazah dikebumikan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu saya banyak dosa dengan awak...” - Tajul beri ucapan 'sweet' untuk isteri sempena ulang tahun perkahwinan yang kedua

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Elak babak bersentuhan dalam drama, Tajul bukan takut isteri tapi hormat

"Ketika kejadian dia di depan dan saya di belakang... berlaku terlalu cepat sangat. Tahu-tahu saja sudah berasap. Saya pun tak sangka itu dia.

"Saya yang menghubungi ambulans dan emak arwah untuk beritahu kemalangan yang menimpa anaknya itu. Kami semua tak tidur sehinggalah jenazah dikebumikan keesokannya," katanya lagi.

Berkongsi mengenai perkenalannya bersama Allahyarham, Tajul berkata dia tidak begitu rapat memandangkan baharu dua kali bertemu dengannya.

tajul 2

Tajul tunggu panggilan dari pihak polis untuk beri keterangan.

"Saya tak kenal sangat dengan arwah tetapi tahu namanya daripada rakan-rakan dalam kumpulan konvoi bermotosikal.

"Konvoi ke Roti John di Senawang merupakan pertemuan kedua kami," kongsinya.

Sebelum ini, bapa arwah iaitu Presiden Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama), Ayob Abdul Majid meminta seorang artis lelaki tampil memberikan kerjasama kepada polis berhubung kemalangan membabitkan anaknya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain