suria

M. Nasir tak terfikir nak bersara, rasa susah hidup tanpa berkarya

M Nasir mahu terus berkaya selagi ada hayat.

PENYANYI Datuk M. Nasir mengakui berasa janggal apabila perlu bersaing dengan komposer muda di pentas pertandingan muzik.

Nasir, 67, bagaimanapun berkata dia perlu menyesuaikan diri dengan peredaran zaman dan tampil dengan karya yang lebih segar.

"Sekarang ini kalau saya masuk pertandingan atau apa, saya dah jadi orang yang paling tua sekali dalam kalangan peserta. Yang bertanding, budak-budak lagi.

nasir 1

M Nasir sangat mencintai kerjayanya sebagai penghibur.

“Tapi, muzik yang saya buat sekarang muzik orang muda. Jadi, saya ada sedikit rasa macam mana nak sesuaikan ikut zaman," katanya kepada mStar.

Nasir berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Dato' M.N45ir Cipta di Dadi Cinema, Kuala Lumpur pada petang Isnin.

Sementara itu, bercakap mengenai karier seninya, Nasir berkata dia tidak pernah meletakkan tarikh untuk bersara kerana mencintai bidang yang diceburinya sejak 45 tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali berkongsi satu pentas, Hattan dedah perjalanan awal berguru dengan M. Nasir

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya impian tercapai, Naqiu terkejut M Nasir dah lama tunggu nak cipta lagu buatnya

"Selagi saya rasa saya boleh berkarya, itu merupakan satu pekerjaan sebab apabila bersara, rasa susah nak hidup. Saya risau juga.

"Saya suka dengan bidang ini, bidang mencipta lagu. Kita buat lagu daripada tiada apa-apa, kemudian ada 'bentuk' dan orang pun suka. Itu satu nikmat yang orang lain tak dapat.

"Jadi susah kalau ditanya bila saya nak berhenti. Selagi saya dapat rasa nikmat itu, saya susah nak berhenti," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Nasir akan mengadakam Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang akan berlangsung di Axiata Arena Bukit, Kuala Lumpur pada 10 Ogos depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain