suria

Akhirnya impian tercapai, Naqiu terkejut M Nasir dah lama tunggu nak cipta lagu buatnya

Naqiu sudah atur perjalanan kerjaya seni dengan baik tahun ini.

IMPIAN penyanyi Naqiu untuk bekerjasama dengan Datuk M Nasir akhirnya tercapai apabila dia bakal tampil dengan lagu baharu ciptaan komposer tersebut.

Kata Naqiu atau Wan Naqiudin Mohd Najin, 39, dia juga tidak menyangka M Nasir sendiri sudah lama menunggu untuk menghasilkan sebuah karya untuknya.

"Sudah lama mengidam nak bekerjasama dengan M Nasir cuma sebelum ini takut permintaan saya ditolak. Tahun lalu saya beranikan diri meminta dia untuk menghasilkan sebuah lagu baru.

naqiu 1

Kerjasama sama dengan M Nasir satu pengalaman hebat buat Naqiu.

"Reaksi yang diberi sangat mengejutkan saya. Katanya dia sendiri sudah lama nak buat lagu untuk saya," katanya kepada mStar.

Menurut Naqiu juga dia terpanggil untuk menghubungi M Nasir selepas diminta oleh pengarah muzik, Datuk Ramli MS ketika mereka sama-sama terlibat dalam program All Stars Gegar Vaganza tahun lalu.

Berkongsi detik bertemu empat mata dengan M Nasir, Naqiu akui ia satu pengalaman yang amat berharga sebagai seorang anak seni kerana komposer itu cukup teliti dalam menghasilkan lagu.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Boboy hanya tinggal janji, penganjur acara kerap jumpa Naqiu sebab ada niat lain

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 20 tahun Naqiu beraksi di Anugerah Juara Lagu berakhir, janji akan buat Faizal Tahir bangga

Dalam masa sama, Naqiu juga memberitahu dia bakal tampil dengan beberapa lagu baharu lain hasil kerjasama komposer berbeza.

"Saya dapat panggilan untuk ke rumah M Nasir dan kami luangkan masa hampir empat jam bersama. Dia tanya saya tentang banyak perkara untuk mencari ilham. Rasanya macam sesi soal siasat.

Tahun lalu saya beranikan diri meminta dia untuk menghasilkan sebuah lagu baru

NAQIU

PENYANYI

"Dia betul-betul nak kenal pasti apa yang terbaik untuk saya. Sehingga dia boleh tahu perkara yang sedap untuk saya sebut atau tidak.

"Tahun ini saya mahu berikan kelainan dalam lagu. Saya akan bekerja dengan beberapa komposer berbeza. Ada juga nama-nama besar selain M Nasir," ujarnya.

Namun begitu, Naqiu masih teragak-agak untuk tampil dengan lagu baharu bersama kumpulan Boboy kerana bimbang ia tidak mendapat sambutan peminat.

naqiu 3

Naqiu mahu serlah diri dalam karya yang berbeza.

Baginya Boboy sudah punya kelompok peminat sendiri yang tahu akan lagu-lagu mereka sebelum ini.

"Kalau Boboy nak keluarkan lagu baru, banyak perkara perlu difikirkan. Saya tak mahu bazir masa anggota lain sedangkan lagu itu nanti tidak mendapat sambutan.

"Walau tampi dengan lagu baru pun, peminat masih mahukan yang lama. Jadi saya dalam dilema nak lagu baharu atau kekal dengan lagu lama sahaja," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain