“Dulu saya banyak dosa dengan awak...” - Tajul beri ucapan 'sweet' untuk isteri sempena ulang tahun perkahwinan yang kedua - Hiburan | mStar

“Dulu saya banyak dosa dengan awak...” - Tajul beri ucapan 'sweet' untuk isteri sempena ulang tahun perkahwinan yang kedua

Tajul kini lebih terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadinya.

PENYANYI Tajul meluahkan rasa kesal terhadap kontroversi perkahwinan yang pernah melanda dia dan isterinya, Nurul Shamieza Eddie sebelum ini.

Menurut Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 21, dia bagaimanapun menganggap perkara itu sebagai dugaan dalam melayari bahtera rumahtangga yang secara tidak langsung telah mematangkan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Isteri Tajul mengandung ke?” - Tajul Ariff tiada niat sorok status perkahwinan, bakal adakan sidang media beri penjelasan

ARTIKEL BERKAITAN: “Seram macam nak pengsan tengok dia sakit... banyak darah” - Tajul dah jadi bapa muda, timang cahaya mata perempuan

"Happy anniversary darling @icaaeddie... terima kasih sebab jadi isteri dan mummy kepada anak kita @adrianacarissa_

"Macam-macam dugaan kita lalui. Maafkan salah silap saya dekat awak.

Tajul meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan yang ke-2.

"Dulu saya banyak dosa dengan awak... gagal didik isteri saya dengan baik," ujarnya.

Tajul meluahkan ucapan itu bagi menghargai pengorbanan isterinya bersempena meraikan sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke-2.

Dalam pada itu, Tajul yang mengakui kesilapannya turut memohon maaf selain nekad untuk berubah menjadi suami yang lebih baik.

"Saya minta maaf banyak-banyak. I love you so much!

"Semoga kita jadi lebih baik pada masa akan datang. Insyaallah, dengan izin Allah. 

"Setelah 18 kali saya fikir kapsyen, kali ke 19 ni baru betul-betul dapat kapsyen tu. Masyaallah aura dia lain macam sampai kat kepala ni," selorohnya.

Dulu saya banyak dosa dengan awak... gagal didik isteri saya dengan baik.

Tajul

Penyanyi

Sementara itu, rata-rata peminat turut mendoakan kebahagiannya selain memuji tindakan Tajul yang lebih menghargai pengorbanan isterinya itu.

Tajul sebelum ini bertindak merahsiakan mengenai perkahwinannya itu atas alasan enggan mencampuri urusan peribadi dan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

Bagaimanapun pada Oktober lalu, Tajul membuat pengakuan sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza, pada 10 Disember 2017 selepas beberapa keping foto Tajul dan isterinya itu menjadi tular di media sosial.

Hasil perkahwinan selama dua tahun itu Tajul dikurniakan seorang bayi perempuan bernama Adriana Carissa.

Tajul , ulang tahun perkahwinan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser