suria

Jasa Goo Hara dikenang netizen, rupanya mendiang individu penting bongkar skandal ‘Burning Sun’

Ramai puji dan kagum dengan keberanian Hara.

SKANDAL kelab Burning Sun yang pernah melibatkan beberapa orang selebriti Korea Selatan kembali menjadi perbualan hangat netizen.

Dokumentari bertajuk Burning Sun yang baru disiarkan 19 Mei lalu mendedahkan kebenaran di sebalik skandal kelab malam itu.

Menerusi dokumentari berkenaan, dua wartawan mendedahkan skandal seks yang melibatkan selebriti berkenaan.

Lebih mengejutkan, nama mendiang Goo Hara dari anggota Kara turut menjadi sebutan wartawan apabila dikatakan menjadi punca pembongkaran skandal tersebut.

hara 2

Hara (kiri) bersama wartawan yang mendedahkan skandal Burning Sun.

Ia susulan Hara melihat kegiatan pelik pada telefon bimbit rakan selebritinya iaitu Choi Jong Hoon.

Malah Hara juga menyakinkan Jong Hoon untuk mendedahkan segalanya dan rakaman tersebut dirakam oleh wartawan sekali gus menjadi tajuk berita mengenai kumpulan sembang menerusi aplikasi KakaoTalk.

Hara dipercayai bertindak melakukan pendedahan tersebut selepas dia pernah mengalami nasib penyebaran video seks oleh bekas teman lelakinya.

"Saya kan mangsa rakaman video haram juga," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis temui memo tulisan tangan Goo Hara di lokasi kematian

ARTIKEL BERKAITAN: Terpalit kontroversi pelacuran dan dadah, Seungri (Big Bang) umum bersara sebagai artis

Malah rata-rata netizen memuji keberanian Hara yang dikatakan membela nasib wanita teraniaya.

Untuk rekod, skandal Burning Sun dibongkar pada 2021 yang melibatkan penyanyi Seungri, Jung Joon Young dan Choi Jong Hoon daripada FT Island.

Mereka dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan gangguan seksual dan rogol pada tahun 2021.

Bagaimanapun mereka kini telah dibebaskan selepas menjalani beberapa tahun hukuman penjara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain