suria

Berita bertunang masih jadi tanda tanya, Nabila Razali ‘putus’ dengan pengurus

Asrul (kanan) menguruskan Nabila di bawah Nabila Razali Entertainment.

MASIH mengunci mulut khabar sudah mengikat tali pertunangan, penyanyi Nabila Razali bagaimanapun sempat berkongsi berita dia sudah 'berpisah' dengan pengurusnya iaitu Mohd Asrul Talib atau Ash.

Tujuh tahun bersama menguruskan perjalanan karier seninya, Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, turut melahirkan penghargaan kepada Ash atas semua kerja keras serta susah payah perjalanan membantunya mencipta nama dalam bidang seni.

"Saya mahu mengucapkan penghargaan buat Asrul Talib kerana menjadi pengurus saya selama tujuh tahun. Kerja keras, kesungguhan dan sumbangan sangat dihargai oleh Nabila Razali Entertainment (NRE).

"Anda telah membawa pelbagai sumbangan kepada syarikat dan diri saya sebagai Nabila Razali, kesungguhan anda penuh kecemerlangan dan komitmen.

nabila razali 3

Nabila menghargai semua usaha dilakukan Ash sepanjang menguruskan kariernya selama 7 tahun.

"Perjalanan kita ada jatuh bangun namun kita matang bersama dan banyak belajar tentang satu sama lain. Projek pertama kita Peluang Kedua dan ia mencipta kejayaan bessar buat NRE, Alhamdulillah," katanya.

Nabila berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya dan turut memuat naik gambar bersama bekas pengurusnya itu.

Dalam pada itu, Nabila turut berkongsi penangguhan pelancaran single terbaharunya berjudul Cerita Kita.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Nabila Razali sudah bertunang dengan bekas pelumba litar, pengurus pun baru tahu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nabila Razali perjelas ke Genting Highlands dengan lelaki berjambang, tak tolak sedang kenali hati budi

Lagu itu juga katanya merupakan kerjasama sama terakhir antara Nabila dan Asrul dibawah syarikatnya.

Karya tersebut kini masih dalam proses akhir pembikinan dan dijangka akan dilancarkan bersama syarikat Universal Music Malaysia.

"Sedih untuk saya kongsikan bahawa lagu Cerita Kita akan menjadi projek terakhir NRE bersama Asrul," ujarnya.

nabila razali 2

Nabila masih mengunci mulut berita pertunangannya dengan Nik Iruwan.

Sementara itu, menerusi satu kenyataan, pihak Universal Music memberitahu lagu duet bersama Insomniacks akan dilancarkan pada 22 September ini.

Hujung minggu lalu, nama Nabila menjadi bualan ramai selepas timbul cerita konon dia sudah bertunang dengan usahawan yang juga bekas pelumba litar formula iaitu Nik Iruwan Nik Izani.

Nabila bagaimanapun tidak menjawab panggilan atau mesej.

Asrul ketika dihubungi mStar sebelum ini juga terkejut dengan berita tersebut dan memaklumkan dia tidak mengetahui kesahihan kisah pertunangan itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain