suria

[VIDEO] Siti Saleha tuntut cerai kerana tiada persefahaman, suami di luar negara tak hadir JKP

TIADA persefahaman menjadi punca pelakon Siti Saleha membuat tuntutan cerai terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.

Perkara itu didedahkan peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili aktres berkenaan ketika ditemui mStar di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada pagi Khamis.

Siti Saleha bersama peguamnya hadir bagi prosiding mendengar laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berhubung kes tuntutan perceraiannya namun ia ditangguhkan pada 17 Januari depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuntut cerai! Rumah tangga bermasalah... Siti Saleha, suami muncul di mahkamah

Hakim Syarie Mohd Hairuddin Abdul Rahim menetapkan tarikh berkenaan bagi membaca laporan JKP dan menentukan sama ada perintah perceraian dengan talak atau shiqaq perlu dikeluarkan atau tidak.

Siti Saleha yang memakai baju kurung hitam hadir ditemani ibu bapanya dilihat memasuki mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi.

saleha2

Saleha hadir ke mahkamah ditemani ibu bapanya.

Berkongsi tentang perkembangan kes berkenaan, Azmi berkata JKP akan dilakukan sekali lagi sebelum tarikh berkenaan berikutan defenden dan wakilnya gagal hadir pada sesi sebelum ini.

"Prosiding tadi adalah untuk menilai proses JKP tapi ditangguhkan pada 17 Januari kerana defendan dan wakil JKP tidak hadir.

"Defendan dan wakilnya tidak hadir pada sesi sebelum ini kerana berada di luar negara.

"Jadi JKP akan diadakan sekali lagi sebelum 17 Januari dan hakim akan membacakan laporan itu sama ada menilai perintah shiqaq perlu dikeluarkan dan seterusnya pelantikan hakam," ujarnya.

sss

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017.

Pada 13 Oktober lalu, Siti Salehah Mohd Baharum mengejutkan ramai pihak apabila hadir ke mahkamah bagi kes sebutan perceraiannya dengan Ahmad Lutfi.

Untuk rekod Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017.

Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain