suria

Tuntut cerai! Rumah tangga bermasalah... Siti Saleha, suami muncul di mahkamah

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017.

TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba berita kurang enak mula menyapa. Ibarat disangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan tengah hari.

Begitulah yang terjadi kepada aktres Siti Saleha apabila rumah tangganya berhadapan masalah.

Terbaharu Siti Saleha selaku plaintif hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes penceraiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saleha tak mahu balik lewat malam, hadkan ambil tawaran drama cinta - “Bukan sebab suami yang letak syarat”

Prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira pukul 10 pagi turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35.

lutfi saleha_2

Perkongsian Siti Saleha di Instagram pada 24 Mac lalu.

Dalam pada itu menerusi kenyataan kepada media Siti Saleha mengesahkan dia memfailkan penceraian berkenaan dengan kebenaran mahkamah.

Bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut tentang perkara berkenaan.

Kisah masalah rumah tangga Siti Saleha Mohd Baharum, 31, ini agak mengejutkan apabila aktres itu sendiri sebelum ini tidak pernah berkongsi tentang hal peribadinya secara terbuka di media sosial mahupun kepada media.

Bagaimanapun hasil tinjauan mStar di Instagram mendapati kali terakhir Siti Saleha berkongsi foto mesra bersama suami adalah pada 24 Mac lalu.

Pada tarikh berkenaan Siti Saleha memuat naik foto di dua posting berasingan bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.

saleha1

Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

"It’s your birthday bubbaboo. I pray Allah bless you always and grant everything you wish for. I love you too much. (Saya berdoa agar Allah sentiasa memberkati anda dan mengabulkan semua yang anda mahukan. Saya terlalu sayangkan awak)," tulis Siti Saleha pada posting berkenaan.

Untuk rekod Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017.

Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

LTAPP turut dilanda banjir