Siti Saleha tak mahu balik lewat malam, hadkan ambil tawaran drama cinta - “Bukan sebab suami yang letak syarat”

Siti Saleha hadkan ambil tawaran drama cinta dan banyak episod.

TIDAK mahu pulang ke rumah pada lewat malam antara salah satu punca pelakon terkenal Siti Saleha menolak tawaran untuk berlakon dalam drama banyak episod.

Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 30, mengakui bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon yang kadang-kala terpaksa bekerja lebih dari 12 jam.

Kata Siti Saleha, keputusan itu bukan disebabkan permintaan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar namun dia sendiri yang meletakkan syarat tersebut.

"Penat... jadi pelakon ini bukan mudah dan ia sememangnya sukar. Kadang-kadang kena kerja lebih 12 jam sehingga menyebabkan kita rasa penat. Tengok dalam TV macam senang tapi kena kerja keras.



Suami tidak meletakkan syarat untuk Siti Saleha berlakon.

"Saya memang tak ambil tawaran drama yang terlalu banyak episod sebab penat dan saya memang tak suka balik lewat. Bukan sebab suami yang minta macam itu tapi saya sendiri yang tahu benda ini.

"Saya tahu yang saya tak nak balik lewat dan saya pun akan hadkan untuk ambil drama berkisahkan cinta," kata Siti Saleha kepada mStar.

Siti Saleha ditemui ketika majlis 'Party 7 Hari Mencintaiku 2' yang diadakan di De.Wan 1958 by Chef Wan, The Linc, Kuala Lumpur pada Rabu.

Saya memang tak ambil tawaran drama yang terlalu banyak episod sebab penat.

Siti SALEHA

PELAKON

Pada majlis tersebut, turut diumumkan bahawa drama karya novelis Siti Rosmizah Semail itu bakal menyambung siri ketiga pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, Siti Saleha memberitahu dia terkejut dengan pengumuman novelis Siti Rosmizah yang mengatakan drama fenomena itu bakal disambungkan ke siri ketiga.

Biarpun untuk siri kedua lakonannya memberi kesan kepada penonton namun Siti Saleha belum membuat keputusan apa-apa berhubung dengan tawaran untuk sambungan tersebut.



Barisan pelakon 7 Hari Mencintaiku 2 bersama novelis, Siti Rosmizah.

"Saya memang terkejut dengan pengumuman itu sebab tak tahu apa-apa. Memang sebelum ini ada dengar-dengar saja tapi saya pun tak boleh komen apa-apa sebab tak tahu lagi macam mana tawaran itu.

"Untuk siri kedua itu, saya agak terkejut dan takut pun ada sebab ada penonton mesej kata menyampah dan benci kepada watak Mia. Tapi saya ambil secara positif, bermakna lakonan saya berkesan.

"Siri pertama dan kedua macam lebih kurang. Jadi, untuk ketiga, , , tak tahu macam mana tapi saya suka dengan penulisan Siti Rosmizah sebab ada jalan cerita tersendiri," ujarnya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain