suria

Wan Chik Daud pelakon watak Milah dalam filem ‘Do Re Mi’ meninggal dunia pada usia 80 tahun

Wan Chik Daud meninggal dunia kerana komplikasi beberapa penyakit.

PELAKON dan bekas pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Wan Chik Daud meninggal dunia pada usia 80 tahun di kediamannya di Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 pagi, Sabtu.

Berita duka itu dimaklumkan oleh anak lelakinya yang dikenali sebagai Shaizar menerusi kiriman mesej yang dihantar kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT).

"Kami baru dikhabarkan pihak keluarga bahawa Wan Chik Daud meninggal dunia sebentar tadi," tulis mesej tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Chik Elak Sengketa Tidak Ziarah Kematian M.Rajoli

Sebelum ini, media melaporkan balu kepada pelakon Allahyarham M Rajoli itu menghidap kanser payudara tahap empat, kencing manis, darah tinggi dan lumpuh.

Gara-gara derita penyakit itu, Wan Chik hanya terbaring dirumah dan tidak mampu menguruskan diri.

Seniman pernah mengadakan kunjungan di kediaman Wan Chik, awal tahun ini.

Selepas dua tahun kematian suaminya pada tahun 2010, arwah mengalami serangan angin ahmar ringan.

Penderitaan Wan Chik mendapat perhatian beberapa pihak antaranya YKAT dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang melakukan kunjungan ke rumahnya awal tahun ini.

Allahyarham mempunyai empat orang anak, difahamkan dua daripadanya menetap di Amerika Syarikat serta Singapura, manakala dua lagi di Kuala Lumpur.

Jenazah dibawa ke Masjid Al-Khairiah AU3, Keramat dan kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Kuala Lumpur selepas solat Asar.

Filem Do Re Mi merupakan filem pertama lakonan Wan Chik Daud dan telah melonjakkan namanya antara pelakon wanita terawal berlakon dalam filem arahan Tan Sri P. Ramlee.

Kemudiannya, Wan Chik Daud meneruskan kerjaya sebagai penyampai berita RTM.

Bekas Ratu Kebaya Pulau Pinang ini berkahwin dengan M Rajoli pada tahun 1986 sehinggalah pelakon legenda itu menghembuskan nafas terakhir pada 17 September 2010.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain