suria

Ibu Chef Zam meninggal dunia akibat pneumonia

Ibu Chef Zam meninggal dunia pada Jumaat.

IBU kepada personaliti masakan terkenal, Chef Zam iaitu Chik Minah meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Berita duka tersebut telah dikongsi oleh Chef Zam atau nama sebenarnya Zamzani Abdul Wahab, 50, menerusi Instagram dan memohon pengikut laman sosialnya itu menyedekahkan Al Fatihah buat ibunya.

"Saya dengan rendah hati ingin mengkhabarkan bahawa Ma (ibu) saya Allahyarhamah Chik binti Minah telah dijemput Illahi lewat malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: 12 artis terkenal pamer bakat dalam ‘Dapur Chef Zam’

"Saya memohon agar anda semua bermurah hati sedekahkan surah al-Fatihah buat arwah Ma saya.

"Doakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya, menjauhkannya dari seksa kubur dan menempatkan rohnya bersama para syuhada," tulisnya.

Chef Zam kongsi berita sedih di Instagram.

Allahyarham Chik Minah, 84, dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat menghidap pneumonia iaitu radang paru-paru sejak beberapa hari lalu.

Sepanjang menerima rawatan, dia ditemani oleh Chef Zam dan cucu.

Dimaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, pada Sabtu.

Chef Zam popular menerusi program masakan seperti Garam Gula, Citarasa Selebriti, Ole-Ole Malaysia, Aroma Selebriti dan banyak lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Chef Zam, ibu meninggal dunia

Artikel Lain