suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyanyi legenda India, S. P. Bala meninggal dunia akibat Covid-19

Penyanyi legenda India, S.P. Bala meninggal dunia pada Jumaat.

PENYANYI legenda India S. P. Balasubrahmanyam meninggal dunia pada usia 74 tahun di Chennai pada Jumaat.

Balasubrahmanyam dilaporkan dijangkiti virus Covid-19 pada Ogos lalu.

Beliau pernah meminjamkan suara kepada kira-kira 40,000 buah lagu runut bunyi filem India.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Bollywood Sameer Sharma ditemui mati, mayat tergantung di dapur - “Membimbangkan... angka bunuh diri terus meningkat”

Mendiang adalah penyanyi yang kerap menjadi pilihan komposer pemenang Oscar, BAFTA, Grammy dan Golden Globe iaitu A.R. Rahman.

Balasubrahmanyam atau nama sebenarnya Sripathi Panditaradhyula Balasubrahmanyam dilahirkan di Nellore pada tahun 1946.

Dia menunjukkan kebolehan awal terhadap muzik dan memenangi pertandingan menyanyi semasa dia di sekolah dan universiti.

Dia bekerja di arus perdana berbahasa Hindi dan di seluruh panggung wayang serantau dan menyanyi dalam semua bahasa utama India termasuk Tamil, Kannada, Hindi, Inggeris dan Malayalam.

Balasubrahmanyam juga menceburkan diri dalam bidang lakonan dan tampil dalam 50 buah filem.

Dia meninggalkan seorang isteri, Savitri dan dua cahaya mata iaitu Pallavi dan Charan.

SUMBER: THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain