Elly Mazlein takut ‘Kampung People 2’ tak laku, tapi lega penonton sokong sampai trending - “Mereka ketawa macam nak pengsan”

Elly Mazlein lega apabila penonton terhibur menonton drama Kampung People 2.

PELAKON Elly Mazlein mengakui pada awalnya dia berasa bimbang dengan reaksi penonton kerana meletakkan harapan tinggi terhadap drama Kampung People musim kedua yang mula bersiaran sejak 17 September lalu.

Bagaimanapun selepas seminggu membawakan watak Mona dalam drama berkenaan, Elly berkata dia mampu menarik nafas lega apabila orang ramai memberikan komen positif dan terhibur menyaksikan lakonannya itu.

“Alhamdulillah saya happy sangat apabila baca komen penonton... awalnya saya takut sebab saya tahu orang letak harapan tinggi untuk Kampung People 2, jadi secara tak langsung timbul kerisauan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ikut kata orang tua... kalau baru atau belum apa-apa, tak perlu kongsi lagi” - Elly Mazlein jawab soal hamil selepas sembilan bulan berkahwin

“Tetapi apabila tengok episod pertama sudah trending di media sosial dan ramai komen seronok menonton membuatkan saya rasa sedikit lega.

“Sekarang ini setiap minggu tak sabar nak tengok reaksi penonton... untuk musim kedua kali ini lebih menarik dan memaparkan pelbagai warna kehidupan. Saya yakin mereka akan ketawa macam nak pengsan nanti, ” katanya kepada mStar.

Penonton terhibur aksi Mona sekeluarga dalam Kampung People 2.

Kampung People 2 bersiaran setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di slot Lestary, TV3.

Selain Elly Mazlein, drama ini turut dibintangi oleh Rashidi Ishak, Riena Diana, Hun Haqeem, Adibah Noor, Nam Ron dan Datuk Fizz Fairuz.

Sebenarnya saya hanya jadi diri sendiri sahaja demi memenuhi tuntutan kerja.

ELLY MAZLEIN

PELAKON

Dalam pada itu, Elly meluahkan rasa syukur apabila karakter bersahaja yang dibawanya semasa muncul dalam program televisyen turut menerima reaksi positif penonton.

Sehinggakan ada pula peminat hairan dan bertanya mengapa karakternya berbeza ketika di luar kamera.

Elly mahu penonton terhibur dengan aksi bersahajanya.

“Semua orang dahagakan benda nak ketawa contohnya dalam drama ini kita yakin cakap bahasa Inggeris... walaupun tunggang langgang tapi kita cakap selamba sahaja untuk buat orang gelak.

“Semasa saya dijemput menjadi juri Big Stage 2020 penerimaan penonton juga baik... sebenarnya saya hanya jadi diri sendiri sahaja demi memenuhi tuntutan kerja.

“Tapi saya faham kalau ada orang jumpa saya bertanya kenapa karakter saya berbeza di luar dan di dalam televisyen... jadi saya akan terangkan semula kepada mereka perbezaan semasa saya bekerja dan di luar waktu kerja. Alhamdulillah mereka faham, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain