suria

Avaa Vanja minta cerai, usaha tolak ansur dengan suami tiada kata sepakat

Avaa Vanja mengsesahkan failkan penceraian dan tuntutan hak penjagaan anak.

MENGAKUI berlaku pergolakan dalam rumah tangga, pelakon Avaa Vanja nekad mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya Aamil Sulaiman, 35, pada Khamis.

Avaa, 41, mengakui sudah cuba bertolak ansur namun tidak mencapai kata sepakat dan keputusan berpisah adalah jalan penyelesaian untuk hubungan mereka.

"Ya betul saya failkan penceraian terhadap suami. Saya failkan fasakh dan hadhanah (hak penjagaan anak).

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon wanita Kampong Pisang Bersiri-siri jadi mangsa suami panas baran, anak turut dilempang

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Siti Saleha tuntut cerai kerana tiada persefahaman, suami di luar negara tak hadir JKP

"Saya tak mahu aibkan siapa-siapa tapi setiap rumah tangga tu pasti ada pergolakan tak kira bagi lelaki dan perempuan.

"Dugaan masing-masing, tahap kesabaran kita ada satu. Kita sebagai marriage couple memang ada bertolak ansur.

LAMPIRAN 2 SRPR 02122021 Barisan Peguam & Avaa Vanja

Avaa hadir ke mahkamah Syariah bersama peguam syarie.

"Tapi segala usaha tidak berhasil, jadi kita kena cari jalan penyelesaian yang terbaik," katanya ketika dihubungi mStar.

Pada Oktober lalu, pelakon Kampong Pisang Bersiri-siri ini tampil membuat laporan polis mendakwa dia dan anak perempuannya menjadi mangsa penderaan suami.

Saya taknak aibkan siapa-siapa tapi setiap rumah tangga tu pasti ada pergolakan.

AVAA VANJA

PELAKON

Sementara itu, peguam yang mewakili Avaa iaitu Nurul Hafidzah Hassan berkata, selain fasakh dan hadhanah, aktres itu juga akan memfailkan tuntutan nafkah anak, nafkah iddah, mutaah dan tunggakan nafkah anak dalam masa terdekat.

Pasangan tersebut juga perlu hadir untuk proses Sulh (mediasi) bagi perbincangan secara baik untuk kedua-dua pihak.

AVAASKD

Selain failkan kes cerai, Avaa turut failkan tuntutan hak penuh penjagaan anak.

"Kita akan ada fail cerai Sulh untuk pihak-pihak berbincang pada 22 dan 28 Disember ini agar kedua-dua pihak mencapai kata sepakat. Lepastu barulah kita akan masukkan kes ini di mahkamah untuk dibicarakan.

Pelakon Avaa Vanja,41, mendirikan rumah tangga dengan Aamil Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia sembilan tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain