suria

Terlalu terkejut diumum juara GV7, Cliff Umar akui tak fikir dulu sebelum cakap - “Irritating yang saya maksudkan bila cakap pakai face mask di atas pentas”

Cliff memohon maaf kepada semua pihak terutama barisan hadapan.

GARA-GARA mengatakan pelitup muka irritating (menganggu) untuk berucap selepas diumum sebagai juara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), penyanyi Cliff Umar dikecam netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen menganggap kata-kata vokalis kumpulan Pistol itu tidak menjaga sensitiviti banyak pihak terutama barisan hadapan yang bertungkus lumus menjaga keselamatan demi menangani wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Cliff Umar juara Gegar Vaganza 7, bawa pulang RM100,000

Cliff, bagaimanapun berkata dia tidak mempunyai niat untuk membuat mana-mana pihak terasa hati namun akui terlalu terkejut dengan kemenangan tersebut sehingga bercakap tanpa memikirkan terlebih dahulu.



Cliff terkejut apabila diumumkan sebagai juara.

"Baru umum menang... selalu saya akan berfikir dahulu sebelum bercakap apa-apa tapi ketika itu, saya terlalu terkejut. Yela, siapa sangka saya akan menang? Saya sendiri pun tak terfikir akan menang.

"Jadi, bila tengah terkejut terlepas cakap perkara yang saya tak fikir dahulu. Sepatutnya saya tak cakap perkara itu dan saya minta maaf sangat. Tiada niat nak menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama frontliners," katanya kepada mStar.

Pada malam konsert akhir GV7 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad, Cliff membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, pakej percutian dan penginapan berserta sebuah trofi.

Saya tak sangka menang... terkeluar pula kata-kata itu.

CLIFF UMAR

PENYANYI

Penyanyi Muss selaku naib juara menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 berserta sebuah trofi manakala tempat ketiga pula milik Ayu Damit membawa pulang RM30,000.

Tempat keempat pula menjadi milik Noraniza Idris dengan hadiah wang tunai RM20,000 berserta tro dan tempat kelima Linda Nanuwil (RM15,000) manakala keenam serta ketujuh pula menjadi milik Oja (RM10,000) dan Ashira (RM5,000).

Dalam pada itu, penyanyi berusia 38 tahun ini menjelaskan perkataan 'irritating' itu bermaksud dia tidak berasa selesa dan sukar untuk bercakap dengan memakai pelitup muka ketika berada di atas pentas.



Cliff bersama naib juara, Muss manakala Ayu ditempat ketiga.

"Maksud irritating yang saya cakap itu di atas pentas. Bila nak cakap dengan memakai face mask, rasa tak selesa sikit sebab akan jadi berkuap dekat situ... susah nak bercakap.

"Saya minta maaf sangat... saya tak maksudkan apa-apa atau tiada rasa hormat terhadap mana-mana pihak. Saya tak sangka menang... terkeluar pula kata-kata itu," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain