suria

[VIDEO] Alhamdulillah... tuntutan faraid selesai, ibu mentua Nor Hidayah tetap dapat bahagian ikut hukum Islam

Nor Hidayah berpuas hati dengan keputusan mahkamah berkaitan tuntutan faraid dan ibu mentuanya, Sabariah Arshad tetap menerima bahagian.

BALU kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam berhubung tuntutan faraid yang difailkannya pada 15 Julai lalu.

Menurut Nor Hidayah, 28, mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak melibatkan rumah, kereta serta barang peribadi peninggalan arwah suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu yang sepatutnya!” - Ali Puteh lega harta arwah Abam dibahagi ikut kaedah faraid, sudah lama mahu ikut hukum Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh pula saman kakak ipar, Nor Hidayah mengaku ambil RM10,000 dan empat utas jam arwah Abam

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu arwah Abam pula tuntut ganti rugi daripada menantu - “Peguam Hidayah sebut nama mentuanya untuk pengesahan tuntutan faraid”

Kata Nor Hidayah, meskipun ibu mentuanya iaitu Sabariah Arshad tidak hadir pada prosiding yang berlangsung pada Khamis namun wanita itu akan tetap menerima bahagiannya berdasarkan hukum Islam.

“Alhamdulillah selesai sudah prosiding urusan faraid tadi. Semuanya selesai. Pihak sana (Sabariah) akan dapat bahagian mengikut hukum yang ditetapkan.

“Saya berpuas hati dengan keputusan yang mahkamah putuskan hari ini. Pembahagian tersebut melibatkan rumah, kereta dan barang peribadi antaranya jam tangan, kasut, telefon bimbit dan kamera.

“Saya tak boleh kongsi mengenai berapa banyak duit peninggalan arwah. Walaupun pihak sana tak hadir tapi tidak mengganggu proses mahkamah sebab bahagian itu sudah ditetapkan, ” kata Hidayah kepada mStar.

Nor Hidayah ditemui selepas prosiding tuntutan faraid di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Nor Hidayah ditemui selepas selesai prosiding berhubung tuntutan faraid dan hadanah (hak penjagaan anak) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Khamis.

Bagaimanapun berhubung hak penjagaan, Nor Hidayah memberitahu mahkamah menetapkan tarikh baharu pada Oktober depan.

Dalam pada itu, Nor Hidayah turut menafikan dakwaan yang mengatakan kereta mewah milik arwah suaminya ditarik pihak bank.

RM10,000 memang saya ambil tapi masukkan dalam akaun anak saya.

NOR HIDAYAH

BALU ABAM BOCEY

“Kereta tidak kena tarik, masih ada. Tapi saya tak nak komen lebih lanjut... nanti akan tahu juga (kebenaran), ” ujarnya.

Sementara itu, Nor Hidayah mengakui dia ada mengeluarkan wang RM10,000 daripada akaun arwah Abam untuk dimasukkan ke akaun anak mereka iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

“Apa boleh saya katakan, RM10,000 memang saya ambil tapi dimasukkan dalam akaun anak saya... saya tak guna satu sen pun, ” katanya.

Pada Isnin, Nor Hidayah bersama dua peguam mengadakan sidang media tergempar di Shah Alam, Selangor bagi menjelaskan berhubung dakwaan dia membuat tuntutan saman terhadap ibu mentuanya.

Gambar kenangan Hidayah bersama Allahyarham Abam dan ibu mentuanya.

Peguam Mohamed Ibrahim Mohamad memberitahu pihaknya menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan sebaliknya Sabariah yang menfailkan saman terhadap Nor Hidayah pada Julai lalu.

Sebelum ini menerusi siaran langsung di Facebook sebuah portal berita, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau pelawak Ali Puteh menunjukkan surat saman yang dihantar peguam Nor Hidayah kepada ibunya.

Menjelaskan mengenai surat saman yang dinyatakan Ali Puteh, peguam syariah Fadhlina Siddiq menjelaskan nama Sabariah turut tersenarai dalam tuntutan berkenaan hanya sebagai pengesahan waris.

Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 14 bulan.

Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain