suria

PU Riz terima ugutan, buat laporan polis

PU Riz turut menerima ugutan sebelum menyedari foto miripnya tersebar di media sosial.

ISU penyebaran gambar bogel membabitkan selebriti masih belum reda dan kini tular pula sekeping foto dikatakan mirip seorang pendakwah muda, Pencetus Ummah (PU) Riz.

Menyedari diheret dengan isu memalukan seumpama ini, Riz atau Muhammad Haris Ismail berkata dia sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling, Selangor pada pagi Selasa.

"Itu bukan saya! Saya terkejut apabila mengetahui mengenai foto lucah yang menampakkan alat sulit pagi ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz tinggalkan kerjaya seni untuk sambung belajar undang-undang

"Saya sudah buat laporan polis," katanya kepada mStar.

Mengulas lanjut mengenai kronologi penyebaran foto berkenaan, Riz berkata dia ada menerima mesej berbaur ugutan pada malam Isnin.

Katanya, individu tidak dikenali meminta sejumlah wang dan tidak menolak ia berkait dengan penyebaran foto tersebut.

"Malam tadi ada orang mesej saya minta duit, dia siap buat ugutan. Tapi saya abaikan saja mesej individu itu. Pagi ini saya terkejut apabila tiba-tiba timbul foto lucah.

"Kerana itu juga saya buat laporan polis kerana lelaki itu berniat jahat terhadap saya," ujarnya.

Menerusi laman Twitter, dua keping foto memperlihatkan seorang lelaki beraksi tidak senonoh dengan memegang alat sulit tersebar dan dikongsi pengguna laman tersebut.

Berdasarkan foto yang tular itu, netizen mendakwa lelaki tersebut ialah seorang ustaz selebriti yang kini sedang membina nama dalam bidang lakonan.

Hasil carian di Twitter, ada yang membuat andaian individu dalam foto tersebut ialah PU Riz.

"Gambar seorang PU pula tersebar... adakah ia betul?

"Aku rasa Twitter ni dah jadi tempat untuk sebarkan aib orang dah, sebab tak habis-habis dengan isu ni. Kasihan dengan PU tu. Apa benda la, dari tak tahu terus tahu.

"Tengah stalk tweet orang tiba-tiba nampak kat timeline dia gambar PU. My morning is ruined," tulis netizen.

Sebelum ini, nama beberapa orang selebriti lelaki menjadi sebutan apabila foto didakwa mirip mereka tersebar di laman sosial.

Antaranya ialah Syafiq Kyle, Aiman Tino, Ismail Izzani, Amar Alfian, Riz Amin dan Idris Khan.

PU Riz, Pencetus Ummah

Artikel Lain