suria

Aliff Aziz abadi nama Bella di dada, katanya cacah guna inai hitam... bukan dakwat tatu

Foto Aliff mengukir nama Bella di dada dan lukisan penuh di bahagian belakang badannya menjadi tular di laman sosial.

NAMA penyanyi Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila foto memperlihatkan bahagian dadanya dicacah dengan nama bekas isteri, Bella tersebar di laman sosial.

Turut menjadi tular beberapa keping foto yang menampakkan bahagian belakang tubuhnya dipenuhi dengan lukisan seakan tatu.

Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan penyanyi berasal daripada Singapura itu mengukir nama Bella dan lukisan tatu di badannya.

Bagaimanapun menerusi sebuah portal, Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 28, menjelaskan ukiran tersebut dilukis menggunakan inai berwarna hitam.

Malah menerusi akaun Instagram pelukis inai yang menggunakan nama Leahenna Artist, dia mengakui bertanggungjawab melukis ukiran itu ketika Aliff mengunjungi rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aliff bijak, cuma imannya kurang” - Bella Astillah rayu bantu Aliff Aziz, jangan sorak gembira

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz 'throwback' gambar nikah, bagi 'hint' nak rujuk Bella Astillah... “InsyaAllah jika ada jodoh untuk kembali”

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia tak ada wang, saya tolong bayar" - Raja Yunika tak sangka selebriti 'AA' kaki curi

Nama Aliff menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Menurut individu tersebut, foto yang tersebar itu dirakam sebelum Aliff mengahwini Bella dan ketika bekas isteri penyanyi itu berada di China.

"Itu inai hitam. Sis (saya) lukiskan untuk Aliff Aziz masa dia datang lepak rumah sis. Bukan tatu betul tu.

"Ni gambar dah lama sebelum Bella dan Aliff Aziz kahwin. Bella masa ni di China. Tak tahu la Kak Lea kalau kau ada buat tatu baru dik @aliffaziz91.

"Tapi cuma nak jelaskan yang ni sebab kenal sangat gambar ni. Tu karpet dan kaki abang aku tu," katanya.

Baru-baru ini, Aliff didakwa sebagai penyanyi yang dikaitkan dengan kes curi membabitkan seorang pelakon Indonesia , Raja Yunika Putri.

Aliff memberi bayangan ingin kembali kepada Bella.

Pada 17 Jun lalu, Yunika mendedahkan kejadian itu berlaku ketika dia dan artis yang didakwa itu bertemu di Clarke Quay, Singapura pada 7 Jun lalu.

Aliff sebelum ini, memberi bayangan ingin kembali bersama bekas isterinya, Bella Astillah selepas mereka bercerai pada 15 Mei lalu.

Untuk rekod, Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Pelakon itu sebelum ini pernah beberapa kali kantoi curang sehingga Bella akhirnya nekad meneruskan kehidupan bersama anak mereka tanpa Aliff.

Aliff Aziz, Bella Astillah

Artikel Lain