suria

“Rujuk? Aku nak muntah” - Ariff Aziz buat muka meloyakan, siap isyarat tangan 'no, no, no...'

Ariff percaya ada hikmah atas apa yang berlaku.

BEKAS suami kepada penerbit Datuk A.Aida iaitu Ariff Aziz seakan-akan memberi bayangan enggan merujuk semula dengan isterinya itu setelah mereka bercerai secara baik pada 25 April lalu.

Menerusi Insta Stories di Instagram, Ariff memuat naik teks dan video menggambarkan tidak akan ada sebarang ruang untuk mereka memperbaiki semula hubungan.

"Jap! peluang kedua? kenapa aku rasa nak muntah ni?

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida, Ariff cerai talak satu - “Saya gembira dengan perceraian ini”

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida jawab 10 soalan panas - Hanya mahu cinta dan kasih sayang, tiada peluang kedua buat bekas suami

"Rujuk? Aku nak muntah," tulisnya.

Pada Rabu, menerusi laporan mStar, A.Aida turut memberitahu tiada lagi peluang kedua untuk bekas suami jika dia ingin merujuk kembali.

Tinggal kenangan... A.Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai 2018.

Sementara itu, Ariff atau nama sebenarnya Wan Izma Ariff Abd Aziz, 30, berkata adalah lebih baik berdiam diri daripada bercakap buruk mengenai orang lain.

"Bercakap benar dan tak cakap buruk tentang orang adalah asas dalam kehidupan... bercakap satu benda buruk tentang orang akan menunjukkan berjuta kali keburukan kita, ingat tu adik-adik!

"Kita mesti hidup dengan asas hidup yang baik... just my 2 cents. Pepatah melayu mengatakan berdiam lebih baik daripada bercakap yang bukan-bukan," tulisnya di kapsyen pada satu foto terbaharu yang dimuat naik di Instagram.

Dalam pada itu, Ariff menerusi status terbaharu di Insta Story miliknya meminta netizen tidak melaga-lagakan dia dengan bekas isteri.

Ujarnya, sebarang muat naik yang dilakukan di laman sosial tidak berkaitan dengan kisah hidupnya yang lalu.

"Tolong jangan laga-lagakan kami, saya dah move on, saya doakan yang baik-baik untuk dia, saya dah ada hidup baru sekarang.

"Post-post sekarang tidak ada kena mengena with my past life. Please let me move on, thank you!

"New place, new environment, new people. I'm just normal person like all of you!," tulisnya.

A. Aida atau nama sebenar Zaidah Awang, 49 dan Ariff Aziz diijabkabulkan dengan dua kali lafaz pada 21 Julai 2018 dalam satu majlis di Hotel Dorsett Grand di Subang Jaya, Selangor.

Mereka bercerai selepas sembilan bulan bersama.

Pihak mStar berusaha menghubungi Ariff menerusi telefon bimbitnya namun panggilan tidak dijawab.

A.Aida, Ariff Aziz

Artikel Lain