“Fitri Haris! Kau melampau tak hormat bisnes kawan jangan nyanyi lagu Unic”

Unic tegur Fitri Haris.

KUMPULAN nasyid Unic kecewa dengan bekas ahli kumpulannya yang kini bergerak solo iaitu Fitri Haris kerana masih menyanyikan lagu-lagu kumpulan itu pada setiap persembahan.

Ahlinya Bazli berkata, penyanyi yang menjuarai program Gema Gegar Vaganza 2018 itu tidak wajar meraih perhatian dengan menggunakan nama Unic.

"Di Malaysia ni ada dua Unic? Saat Unic masih ada, malah aktif dan tengah sibuk persedian konsert 7 Disember ini boleh pula ada Unic 2 yang buat konsert nyanyi lagu yang sama.

"Macam kelakar pun ada. Bina karaktor sendiri, bina identiti sendiri, kekuatan dan pengikut sendiri. Yakin dengan kemampuan diri sendiri boleh pergi lebih jauh tanpa dibayangi Unic," ujarnya.

Luahan hati anggota Unic terhadap Fitri Haris.

Sebelum ini, Fitri menerusi laman sosial memuat naik berkaitan konsert yang bakal berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 9 Disember depan.

Dia turut menyenaraikan lagu-lagu kumpulan Unic yang bakal dinyanyikan pada malam konsert tersebut.

Unic kini dianggotai oleh Bazli, Fahrul dan Najdi.

Tambah Bazli, dia terpaksa membuat teguran secara terbuka di laman sosial berikutan perkara tersebut sudah dibincangkan dua bulan lalu.

"Ada sebab saya post ini, dua bulan lalu kita sudah bincang secara elok perkara ini dah selesai. Dunia kreatif seni ini sangat luas tanpa perlu guna elemen throwback dan ulang kisah-kisah sedih Unic," ujarnya.

Bazli berkata, dia tidak mahu bergaduh, namun berharap penyanyi berkenaan bekerja secara profesional dan menggunakna identiti sendiri.

Sementara itu, seorang lagi ahli kumpulan Unic iaitu Najdi pula turut menganggap tindakan Fitri sebagai tidak menghormati bisnes rakan-rakannya.

"Kau tak hormat bisnes kawan-kawan. Kau melampau. Kami sudah cuba selesaikan tapi tiada perubahan," ujarnya.

Fitri membawa lagu-lagu Unic mencetuskan rasa kurang senang anggota kumpulan itu.

Sementara itu, Fitri yang dihubungi enggan mengulas berkaitan perkara berkenaan.

Pengurusnya, Fazilah berkata, penyanyi berkenaan hanya menyanyikan dua buah lagu Unic berikutan permintaan daripada pihak penganjur.

"Pihak Unic ada menghubungi Fitri dan dalam perbincangan itu mereka meminta agar Fitri menampilkan identitinya sendiri tanpa dibayangi Unic.

"Tapi mereka tidak menjelaskan secara terperinci bahawa tidak izin bawa lagu-lagu mereka. Lagu Ainul Mardhiah dan Zinnirah merupakan lagu yang Fitri bawa semasa GGV2018 lalu dan sering diminta oleh penganjur.

"Fitri bawakan lagu itu dengan versi GGV bukan versi Unic, tiada niat langsung untuk dia caras rezeki rakan-rakannya itu," ujarnya.

Unic

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain