Semalam hari terakhir Altimet sebagai penyanyi rap, peminat cadang dia jual karipap - Sensasi | mStar

Semalam hari terakhir Altimet sebagai penyanyi rap, peminat cadang dia jual karipap

Altimet bersara lepas album terakhirnya berjudul 'O'.

PENYANYI Rap Altimet menerusi laman sosial memberitahu pada malam Khamis adalah hari terakhirnya untuk berada di bilik rakaman sebagai seorang penyanyi Rap.

Penyanyi lagu Amboi ini berkata, tiada lagu baharu yang bakal keluar selain lagu yang sudah dirakamkan dalam simpanannya.

"Hari terakhir aku dekat dalam bilik ni sebagai seorang rapper. Kalau dengar lagu aku lepas ni, itu bukan rakaman baru, tapi dah lama ada dalam hard drive aku.

"Aku tutup akaun aku tutup buku aku tutup mulut aku mintak diri dulu," ujarnya.

Hari terakhir Altimet rakam lagu.

Rata-rata peminat berkongsi rasa sedih dan berterima kasih kepada penyanyi tersebut yang banyak mengeluarkan lagu-lagu yang memberi makna tersendiri.

Mereka turut mengucapkan selamat jalan dan maju jaya pada penyanyi itu.

Bagaimanapun beberapa netizen yang mendapat perhatian Altimet selepas meninggalkan kata-kata negatif.

Salah seorang pengguna akaun palsu menyokong tindakan Altimet yang menganggap dunia hiburan hanya sekadar maksiat.

Altimet membalas bahawa definasi hiburan berbeza dan terdapat ramai pengiat seni yang baik.

Selain itu, membalas komen netizen lain yang menganggap kedatanganya tidak diundang, Altimet berkata, dia berada dalam industri selama 19 tahun tanpa menggunakan nama, duit dan usaha orang lain.

Altimet membalas komen-komen negatif netizen.

"Saya tak pandai jadi orang lain, saya cuma tahu jadi diri sendiri, saya tak terkesan pun kalau tak diundang atau dihalau.

"19 tahun dalam gelanggang ini tak bertongkatkan nama, duit atau usaha orang lain. Semua hakcipta album saya milik saya sendiri.

"Cuba tanya semua penyanyi rap kat Malaysia ni siapa yang betul-betul tuan punya lagu mereka, sudah tentu pandangan suara akan berubah," ujarnya.

Manakala, seorang lagi netizen yang mendapat perhatian Altimet apabila mencadangkan dia jual karipap selepas bersara.

Altimet menjawab, asalkan ia halal.

Sebelum ini, penyanyi ini mengumumkan untuk melancarkan album terakhir berjudul 'O' pada 27 November ini sempena hari lahirnya.

Pada Selasa depan Altimet akan mengadakan pelancaran untuk album terakhirnya.

Altimet

Artikel Lain