PENYANYI Nubhan dilaporkan membuat laporan polis sejurus selesai mengeluarkan barang peribadi milik bekas isterinya dari kediaman di Senawang, Negeri Sembilan pada 29 Disember lalu.Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim pada Ahad. Pihaknya juga memaklumkan menerima laporan daripada bekas isteri Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali Dr Fie. Nubhan dan Dr Fie berbalas laporan polis.“Polis telah menerima satu laporan yang dibuat oleh penyanyi itu, yang mana dia telah datang ke rumahnya di Taman Lavender Heights untuk mengeluarkan barang-barang milik bekas isterinya bagi dihantar ke rumah bekas mentuanya.“Kemudian, pada 1 Januari lalu, wanita itu pula telah membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Nubhan yang memindahkan barang-barang kepunyaannya tanpa keizinan,” katanya.Menurut Azahar, pihaknya sudah melakukan siasatan awal namun kedua-dua laporan polis diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) dan dirujuk kepada Mahkamah Syariah.ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan dah bagi tempoh, mahu diami rumah dibeli… Anak-anak bebas untuk keluar dan masuk… “Saya sedia tanggung kos sewaan kediaman untuk bekas isteri”ARTIKEL BERKAITAN: “Dakwaan barang dicampak tidak benar dan fitnah” - Peguam NubhanSebelum ini, bekas isteri Nubhan memaklumkan kepada media pihaknya membuat laporan polis selepas barangan peribadi miliknya dipindahkan keluar tanpa notis. Katanya, tindakan tersebut dianggap melanggar privasi dan tidak sepatutnya dilakukan tanpa kebenaran. Pada 29 Disember lalu, Dr Afifah mendakwa Nubhan mengeluarkan barang-barang miliknya ketika dia sedang bercuti di Vietnam. Pendedahan yang dibuat Dr Fie sebelum ini.Nubhan dalam satu kenyataan menerusi peguamnya memberitahu dia telah memberi tempoh sehingga habis idah untuk tinggal di rumah yang dibelinya itu. Untuk rekod, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Dr Afifah pada 29 Ogos 2015, namun bercerai talak dua pada awal Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube