suria

Impian jadi kenyataan, Hafeez Mikail dan isteri bakal timang anak perempuan

Hafeez anggap berita baik tersebut bagai impian jadi kenyataan.

MENGHITUNG hari bergelar bapa, pelakon Hafeez Mikail memaklumkan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Seperti impian menjadi kenyataan, Hafeez atau Muhd Hafiz Muhd Zaki, 32, memberitahu dia sudah lama menantikan berita baik berkenaan dan bersyukur bakal dikurniakan bayi perempuan tidak lama lagi.

"Alhamdulillah, impian setiap pasangan suami isteri untuk menimang cahaya mata apabila membina bahtera perkahwinan.

Copy of Untitled - 2024-05-26T123213.963

Pendedahan tersebut dibuat menerusi majlis gender reveal.

"Hari ini saat yang sangat kami tunggu-tunggukan. It's a Girl!" katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Pendedahan berkenaan dibuat pelakon itu menerusi majlis gender reveal yang berlangsung pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafeez Mikail sah bergelar suami Noor Azira dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: Hafeez Mikail kini tunangan orang, minta bakal isteri bersedia ‘cabaran’ kahwin artis

Dalam pada itu, Hafeez turut meluahkan rasa syukur atas doa-doa yang diterima.

"Terima kasih juga tak terhingga kepada mereka yang hadir ke majlis kecil kami, doa kalian semua amat kami hargai," ujarya.

Untuk rekod, Hafeez mendirikan rumah tangga bersama Noor Azira Azman, 28, pada 6 Mei tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain