suria

Ziana Zain hiburkan lebih 5,000 peminat, sempat ‘video call’ bapa semasa konsert

Konsert Ziana syukur konsert berjalan dengan lancar.

SELEPAS 22 tahun tidak menjayakan persembahan solo berskala besar, impian penyanyi Ziana Zain mahu menghiburkan peminat dalam satu konsert istimewa akhirnya tercapai.

Dihadiri lebih 5,000 penonton, Ziana Zain Konsert 2024 berlangsung penuh meriah di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Bersyukur konsert itu berjalan lancar seperti diharapkan, Ziana atau Siti Roziana Zain, 56, turut berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang 33 tahun berkecimpung dalam industri seni.

WhatsApp Image 2024-05-26 at 15.15.19

Aura Ziana beri kepuasan kepada penonton yang hadir.

"Alhamdulillah konsert ini berjalan lancar dan saya sangat terharu dan sangat berterima kasih dengan kehadiran para peminat yang telah menjadi tulang belakang dalam kerjaya saya selama ini.

“Terima kasih juga kepada pihak media yang sentiasa membantu saya dalam perjalanan karier dan tidak putus-putus membantu mempromosikan konsert ini," kata Ziana.

Ziana menyampaikan 20 buah lagu popularnya dalam konsert yang berlangsung selama tiga jam di bawah pimpinan pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 22 tahun menanti, impian Ziana Zain adakan konsert solo tercapai

ARTIKEL BERKAITAN: Ziana Zain imbau kesukaran hidup ketika PKP, kesihatan terganggu disangka masalah jantung

Antara lagu popular yang didendangkan ialah Madah Berhelah, Berpisah Jua, Kemelut Di Muara Kasih dan Anggapanmu.

Jom kita recap momen menarik sepanjang Konsert Ziana Zain 2024!

- Ketika pembukaan pentas menyampaikan lagu Ada Suara Ada Cinta, Ziana berdepan masalah ear monitor menyebabkan dia berdepan kesukaran, namun perkara itu dapat ditangani dengan baik.

- Di usia 56 tahun, Ziana mengakui bukan mudah untuk dia membuat persembahan solo kerana tenaga tidak lagi seperti dahulu, bagaimanapun dia tetap berusaha menghiburkan peminat sebaiknya.

WhatsApp Image 2024-05-26 at 15.14.07 (1)

Konsert Ziana turut dihadiri ahli keluarganya.

- Sepanjang konsert itu, Ziana juga berkongsi kisah perjalanannya dalam industri seni termasuklah di awal pembabitannya sebagai pelakon selepas disunting oleh penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam.

- Skrin pentas juga turut memaparkan pencapaian Ziana selain klip-klip filem box office lakonannya iaitu Maria Mariana, Sembilu dan Merah.

- Ziana kelihatan anggun mengayakan busana rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan Izwan Ismail.

- Selain adiknya iaitu Anuar Zain, Anak saudaranya iaitu Ernie Zakri dan suami Syamel turut hadir memberikan sokongan.

WhatsApp Image 2024-05-26 at 15.14.07

Ziana bakal mengadakan konsert di Singapura pada 28 September.

- Semasa konsert berlangsung, Ziana sempat membuat panggilan video dengan bapanya iaitu Zain Abdullah.

- Ziana turut mengajak peminat menyanyi bersama tanpa iringan muzik menerusi lagu Gerhana, Dugaan Buatmu dan Syurga Di Hati Kita.

- Ziana membuat pengumuman istimewa bakal mengadakan konsert di Singapura pada 28 September.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain