suria

Bakal ikut jejak bapa, aksi comel anak Fareed K-Clique di atas pentas curi perhatian

Fareed (kiri) mendukung Ayzel ketika membuat persembahan pentas.

TINDAKAN anggota kumpulan K-Clique Fareed mendukung anak perempuannya iaitu Ayzel Maryyam sambil mengadakan persembahan pentas mencuri perhatian peminat.

Menerusi perkongsian video dimuat naik isteri Fareed, Ayzel turut memakai alat kedap bunyi kelihatan 'blur' walaupun ramai bersorak wajah comelnya di atas pentas.

Anggota K-Clique yang lain termasuk Noki turut dilihat mengagah Ayzel yang dilihat hanya mendiamkan diri saat dibawa ke atas pentas.

Kemunculan Ayzel di atas pentas menarik perhatian ramai.

Ayzel turut memakai alat kedap bunyi.

Sebelum itu, aksi Ayzel yang asyik menari dan ketawa ketika berada di bawah pentas membuatkan persembahan K-Clique gamat dan ramai terkenangkan aksi bapa saudaranya iaitu MK.

"Ayzel menari dan ketawa ketika di bawah pentas terhibur melihat persembahan daddy (panggilan Fareed). Sekali naik atas pentas terus diam mungkin sebab nampak ramai orang.

"Ayzel bakal menggantikan bapa saudaranya MK bahagian rap nanti. Ayzel ni tahu tak pakciknya MK dan Sabhi Sadhi?," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Fareed K-Clique sudah bergelar bapa, timang bayi perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Fareed K-Clique selamat bergelar suami, MK jadi jurunikah!

Untuk rekod, Fareed mendirikan rumah tangga dengan Siti Hawa Hamdan iaitu adik kepada MK pada 10 Oktober 2022.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayzel Maryyam yang dilahirkan pada 8 Ogos tahun lalu.

Fareed juga merupakan adik kepada penyanyi Sabhi Sadhi yang berasal dari Sabah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain