suria

Pertama kali kongsi gambar suami di IG, Fara Salleh tinggal pesan sempena hari jadi Shuk Sahar

Shuk terima ucapan istimewa sempena ulang tahun.

SELEPAS mengesahkan sudah bernikah pada November tahun lalu, buat pertama kali isteri Shuk Sahar iaitu Fara Salleh berkongsi gambar pelawak itu di media sosial miliknya.

Perkongsian itu dibuat bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran Shuk yang ke-38 pada 20 Mac.

Fara dalam ucapannya kepada suami tersayang secara bergurau berjanji akan memberi lebih banyak masalah kepada Shuk.

shuk 3

Shuk dan Fara bernikah pada November tahun lalu.

"Selamat ulang tahun suamiku. Saya berjanji akan beri lebih banyak masalah," tulisnya.

Fara berkongsi perkara tersebut di laman Instgram miliknya pada Khamis berserta video Shuk sedang berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah.

Shuk dan Fara sebelum ini tidak pernah mendedahkan tentang perkahwinan mereka secara terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya Shuk Sahar dan Fara Salleh sudah nikah 4 bulan lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan niat sorok perkahwinan, Shuk Sahar serik kongsi kisah peribadi

Bagaimanapun ketika dihubungi mStar, Fara akhirnya buka mulut tentang perkara tersebut namun enggan menjelaskan secara terperinci majlis pernikahan mereka.

Sementara itu, Shuk pula dalam satu temu bual podcast memberitahu dia bukan cuba menyorok perkahwinannya dengan Fara tetapi sedang tunggu masa sesuai menghebahkannya.

Kata Shuk, dia serik berkongsi tentang kisah peribadi di media sosial kerana bimbang kenyataan dikeluarkan akan disalah tafsir.

shuk 2

Shuk ada alasan sendiri tidak kongsi kisah perkahwinan.

"Sebelum ini saya selalu kongsi di media sosial dan terlampau terbuka sampaikan perkara ini 'backfire' saya semula," ujarnya.

Untuk rekod ini merupakan perkahwinan kedua buat Shuk selepas sah bercerai dengan Rossa Sera pada 22 Mac tahun lalu.

Hasil perkahwinan terdahulu, Shuk dan Rossa dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain