suria

Teruja dapat kembali ke Jepun, mesej amaran gempa bumi buat Sharifah Rose panik

Rose luah rasa teruja dapat kembali ke Jepun.

PELAKON Sharifah Rose tidak mampu duduk tenang apabila dikejutkan dengan mesej amaran bencana gempa bumi ketika sedang bercuti di Jepun.

Rose atau Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 25, berkata, perasaan panik menyelubungi diri selain berfikir cara untuk menyelamatkan diri.

"Saya pun panik lari sana sini dalam bilik, tak tahu nak buat apa. Nak duduk ke berdiri ke, keluar ke.

rose 1

Mesej amaran yang diterima Rose ketika di Jepun.

"Akhirnya tak rasa sangat (gegaran) sebab tengah panik," katanya.

Rose berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Khamis yang turut memaparkan mesej yang diterima daripada pihak meteorologi Jepun.

"Amaran gempa bumi. Gegaran kuat mungkin berlaku dalam masa terdekat. Diharap tenang dan cari tempat berlindung berhampiran," tulis mesej berkenaan.

Bagaimanapun, Rose tidak berkongsi lebih lanjut mengenai keberadaanya di Jepun namun gembira dapat menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Salam sebab terpaksa... Sharifah Rose bersentuhan pelakon Thailand enggan tunjuk reaksi biadab

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki Sharifah Rose mencurah-curah sepanjang Ramadan sampaikan tiada masa rehat... Berbeza dengan puasa sebelum ini

"Sangat gembira kembali ke sini selepas setahun. Rindu Tokyo tapi bukan cuaca sejuk," ujarnya.

Usaha mStar mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan Rose tidak berjaya apabila pesanan mesej yang dihantar tiada jawapan.

Namun dalam perkongsian yang lain, Rose dilihat tenang dan sedang dalam perjalanan ke sebuah tempat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

Artikel Lain