suria

Izzue Islam tak campur urusan artis terpalit kontroversi, takut kena ‘tembak’ kalau buat hal

Izzue tidak suka memberi komen tentang isu yang hangat diperkatakan.

PELAKON Izzue Islam enggan campur tangan dalam urusan mana-mana selebriti yang terpalit dengan kontroversi dengan memberi komen tentangnya.

Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 34, berkata, selain mahu menjaga hubungan baik dengan semua pihak, dia juga bimbang jika suatu hari nanti namanya sendiri terpalit dengan isu panas.

"Saya tidak mahu terlalu lantang bercakap di media sosial sebab takut kalau satu hari nanti perkara diperkatakan itu berlaku pada diri sendiri.

izzue 2

Izzue terbuka bekerja dengan sesiapa sahaja.

"Orang akan 'tembak' saya semula nanti.

"Bagi saya apa saja berlaku dalam kehidupan seseorang adalah ujian. Mereka sedang diuji dan lebih baik kita doakan sahaja.

"Saya bimbang kalau komen atau bagi pendapat akan memberi tekanan kepada individu yang diperkatakan. Jadi lebih baik diam," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Road to bertiga’ buat Izzue Islam dihujani ucapan tahniah, belum ada rezeki tapi tak putus doa

ARTIKEL BERKAITAN: Gugur air mata Izzue Islam fikirkan isteri, janji mahu mati bersama -“Saya mahu dia sentiasa ada depan mata”

Izzue berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama media di Shah Alam baru-baru ini.

Dalam pada itu, Izzue berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah bergandingan dengan artis yang pernah terpalit kontroversi jika itu permintaan produksi atau stesen TV.

"Saya percaya pada rezeki. Jika mana-mana pihak mahu memanggil pelakon kontroversi saya tiada masalah bergandingan bersama.

Mereka sedang diuji dan lebih baik kita sama-sama mendoakan.

IZZUE ISLAM

PELAKON/PENYANYI

"Lagipun jika seseorang itu berdepan kontroversi dia bukannya buat masalah dengan saya.

"Kalau boleh saya tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa," jelasnya.

Berkongsi mengenai karier seni, Izzue baharu sahaja tampil dengan single terbaharu berjudul Suka Sama Suka yang juga merupakan lagu runut bunyi (OST) drama lakonannya Helo, Saya Anak Uncle.

izzue 3

Izzue nyanyian Izzue turut menjadi OST drama lakonannya.

Lagu ciptaan bersama John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh itu katanya kena dengan jiwanya yang mengetengahkan irama pop.

"Lagu ini memang kena dengan jiwa saya malah ia mudah dinyanyikan. Dapat bekerjasama dengan tiga komposer dan penulis lirik berbakat besar pun sangat berharga," katanya.

Drama Helo, Saya Anak Uncle mula bersiaran pada setiap Ahad pukul 9 malam sepanjang bulan Ramadan di TV3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain