suria

Guna perkataan ‘celaka’ dalam lirik lagu, Hael Husaini sudah kaji dulu - “Ramai salah faham ingat bahasa kesat”

Hael ingin lebih berterus terang dalam berkarya.

SEDIA maklum penggunaan 'celaka' yang dianggap kasar, penyanyi Hael Husaini sudah membuat kajian sebelum menggunakan perkataan tersebut di dalam lagu terbaharunya berjudul Diam.

Menjelaskan perkara itu, Hael atau Hal Husaini Razmi, 37, berkata perkataan itu sudah lama disalah anggap dalam kalangan masyarakat yang sebenarnya membawa maksud musibah.

"Kalau nak diikutkan saya kaji dulu apabila saya buat sesuatu bagi menjaga sensitiviti masyarakat Malaysia. Saya pun sudah lama bekerja dan tahu batasan.

385835271_1030462211427004_6197747454913964607_n

Hael anggap ramai salah faham tentang penggunaan kata celaka.

"Tapi kalau ikutkan, penggunaan perkataan celaka ini mungkin ramai salah faham apabila digunakan dalam kehidupan seharian.

"Kecelakaan atau celaka itu sama maksud dengan malang. Dalam penggunaan berita juga menggunakan perkataan tersebut bagi mencantikkan ayat," katanya.

Hael berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran album sulungnya Antonim Part 1 Hael Husaini pada malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Hael Husaini terima banyak jemputan pertunjukan fesyen antarabangsa, teruja duduk sebaris artis terkenal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert tangguh, Hael Husaini pujuk peminat dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

Penyanyi itu bagaimanapun memohon maaf jika perkataan tersebut menimbulkan rasa kurang senang orang ramai namun berharap masyarakat berfikiran positif.

Jelasnya, perkataan celaka itu juga tidak ditujukan kepada orang lain sebaliknya kepada diri sendiri selepas ditimpa musibah.

"Saya minta maaf kalau perkataan itu agak kasar tapi kalau boleh kita cuba fikir dalam konteks berbeza sebab ia perkataan itu bukannya bahasa kesat.

Sebagai manusia akan ada perasaan itu di mana ada hari-harinya akan berasa malang

HAEL HUSAINI

PENYANYI

"Celaka itu saya tidak tujukan kepada orang lain tapi diri sendiri kerana kita sebagai manusia akan ada perasaan itu di mana ada hari-harinya kita akan berasa malang.

Tapi tidak mengapa, kita cuba ubah industri muzik tempatan agar tidak menghadkan penggunaan bahasa supaya ia tidak disalahguna," jelasnya.

Bercakap mengenai Antonim Part 1 Hael Husaini, Hael memberitahu mengambil masa tiga tahun menyiapkan album tersebut yang terbahagi kepada dua siri.

Hael ingin lebih berterus terang dalam berkarya.

Lagu Diam nyanyian Hael jadi bualan netizen kerana pengguaan katanya.

Jelasnya, Antonim Part 1 mengetengahkan konsep berbeza daripada sering dibawa sebelum ini manakala bahagian dua album itu bakal mengejutkan peminat.

"Saya harap semua dapat terima karya saya dalam kedua-dua album ini dan berlapang dada menerima pembaharuan muzik yang diketengahkan.

"Tidak hanya itu memberi lebih kebebasan kepada anak seni untuk berkarya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain