suria

The Masked Singer Malaysia 4 bersiaran secara langsung, perkenal pasangan duo cili padi dan kostum roti john

The Masked Singer Malaysia bakal bermula 17 Disember ini.

BUAT pertama kali program The Masked Singer Malaysia musim keempat bakal disiarkan secara langsung bermula 17 Disember ini setiap hari Ahad.

Tampil lebih gah dan bergaya, program popular itu juga bakal membuka tirai dengan kehadiran 15 barisan selebriti terkemuka negara dari pelbagai cabang seni termasuk penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti televisyen, atlet sukan dan pempengaruh media sosial.

Pengurus saluran Astro Warna, Idlan Zahari berkata, kejayaan tiga musim terdahulu turut membuatkan pihak produksi menaik taraf kostum dengan menyelitkan elemen flora, fauna dan kepelbagaian makanan tempatan.

Masked 1

Idlan (tengah) semasa sidang media The Masked Singer Malaysia 4.

Idlan memberitahu 14 kostum unik pada musim ini merangkumi musang, sang kancil, putera katak, mat helang, abang jagung, roti john, bawang putih, kak cat, ikan emas, teratai, bunga matahari, pom pom kin dan biskut aiskrim.

"Pihak Astro berharap musim keempat ini dapat mengekalkan tradisi seperti sebelumnya apabila berjaya mengungguli hati rakyat Malaysia dengan nilai produksi yang hebat serta suara-suara mantap di sebalik kostum," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein tampil sebagai juri pula, bergandingan dengan Zul Ariffin dan Shuib dalam The Masked Singer Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Astro Shaw sumbang RM1 ke tabung Palestin untuk setiap pembelian tiket filem ‘Gemencheh Boys’

Malah, buat julung kalinya, program tersebut bakal memperkenalkan pasangan duo yang memakai kostum cili padi.

The Masked Singer Malaysia musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang antaranya Datuk Aznil Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah.

Manakala Datuk AC Mizal masih menggalas tugasnya sebagai hos.

The Masked Singer bakal berlangsung selama 10 minggu yang diadakan secara langsung di CIBD Convention Center Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di Astro Warna.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain