suria

[V] Tujuh tahun bapa terlantar akibat angin ahmar... Fimie Don belum puas tabur bakti, berazam beli rumah untuk orang tua 

MEMULAKAN karier seawal usia lapan tahun, pelakon Fimie Don belum puas menabur bakti kepada kedua ibu bapa selain membuatkan mereka berasa bangga.

Fimie atau Shafimie Saedon, 25, berkata, ini kerana faktor kewangan yang belum stabil membuatkan dia masih tidak mampu merialisasikan impiam membeli sebuah kediaman mereka.

Janji Fimie, dia akan terus berusaha dalam memastikan impian itu dapat dicapai walaupun mengambil tempoh lama.

Fimie 1

Fimie bersama ibunya, Zubaidah Hashim.

"Saya rasa ayah dan mak sudah berasa bangga dengan saya tapi saya sebaliknya sebab belum berpeluang sediakan tempat selesa untuk mereka.

"Ketika ini kewangan saya masih lagi belum stabil. Keinginan masih ada untuk belikan sebuah rumah yang selesa untuk mereka. Bila nak tercapai itu belum tahu," katanya kepada mStar.

Fimie berkongsi mengenai perkara itu ketika sidang media Home of Kids di Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan jejas karier dibina sejak kecil, Fimie Don kongsi cara tak terpalit kontroversi

ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Hikayat Putera Shazlan’ buat peminat ingat Fimie Don, belum bosan bawa watak budak sekolah

Dalam pada itu, Fimie turut berkongsi keadaan semasa bapanya yang terlantar sakit akibat serangan strok sejak tujuh tahun lalu.

Fimie memberitahu kesihatan bapanya stabil dan masih dapat berkomunikasi dengan baik meskipun dalam keadaan terlantar.

"Ayah saya sekarang berada dalam keadaan baik. Dia masih terlantar sejak tujuh tahun lalu.

Fimie 2

Fimie gembira disamping keluarga tercinta.

"Kami banyak bersembang walaupun dia terbaring tapi boleh berbual seperti biasa. Itu sudah memadai buat saya," ujarnya.

Fimie turut mengagumi ibunya iaitu Zubaidah Hashim yang disifatkan sebagai seorang wanita tabah kerana sentiasa berada di sisi bapanya.

"Saya sangat gembira ada mak seperti itu, dia merupakan wanita yang paling kuat saya pernah jumpa. Tiada siapa boleh menggantikan tempatnya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain