suria

Pemandu e-hailing salah orang, Julia Farhana disangka Wanna Ali… “Takkan la dekat luar pakai tudung, berlakon buka pula?”

Wajah Julia dan Wanna dikatakan seiras.

PELAKON Julia Farhana berkongsi momen dan situasi janggal apabila dirinya disangka aktres Wanna Ali.

Cerita Julia atau Juliana Farhana Marin, 29, sewaktu menggunakan perkhidmatan kenderaan awam, pemandu e-hailing berkenaan tersalah menyangka dia adalah Wanna.

Kata Julia, dia terkejut kerana pemandu itu tidak dapat membezakan penampilannya yang bertudung, sedangkan di televisyen Wanna tidak memakai tudung.

Julia terkejut disamakan dengan Wanna.

Julia terkejut disamakan dengan Wanna.

"Adakah awak (pemandu) serius? Itu ialah Wanna Ali. Takkanlah dekat luar pakai tudung, berlakon buka pula? Common sense la aiyo.

"Secara peribadi, sejujurnya Wanna dan saya kelihatan sangat berbeza. Sangat sangat berbeza tau... Macam mana ada yang boleh keliru?" katanya.

Julia berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Julia Farhana mohon maaf menerusi WhatsApp, Lufya minta jangan lagi jolok 'sarang tebuan'

ARTIKEL BERKAITAN: Wanna Ali tahu batas dengan suami orang, elak babak sentuh Alif Satar

Dalam pada itu, Wanna turut memuat naik semula hantaran yang dibuat oleh Julia dan berkata ia merupakan satu pujian yang diberikan kepada aktres berkenaan.

"Babes, dia (pemandu) maksudkan itu sebagai satu pujian," ujarnya.

Nama Wanna menjadi sebutan selepas lakonan mantapnya bersama Alif Satar menerusi drama Bukan Sekadar Lafaz yang baharu selesai ditayangkan di saluran TV3 dipuji penonton.

Bukan Sekadar Lafaz merupakan drama adaptasi novel terbitan Pencil Pictures Sdn Bhd yang turut menampilkan lakonan Yuna Rahim, Malek Mccrone, Mia Nasir, Wanns Ahmad, Razzuan Rosli dan Ahmad Idham.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain