suria

Julia Farhana mohon maaf menerusi WhatsApp, Lufya minta jangan lagi jolok ‘sarang tebuan’

Lufya terima permohonan maaf daripada Julia buat kali kedua.

PELAKON Julia Farhana tampil membuat permohonan maaf kepada aktres Lufya Omar menerusi mesej yang dihantar di aplikasi WhatsApp pada Sabtu.

Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 38, menerima permohonan maaf yang dibuat aktres berkenaan dan berharap Julia tidak lagi mengaitkan nama anaknya Laana Haura dalam sebarang isu pada masa depan.

"Sarang tebuan jangan dijolok. Dah jolok lepas itu minta maaf dekat WhatsApp. Selepas itu senyap, jolok lagi.

"Siapa yang tak move on ni? Saya cukup bahagia dengan anak. Dah minta maaf tolong diam! Saya pun letih nak layan semua ini," katanya.

Julia 1

Julia minta maaf secara peribadi pada Lufya.

Lufya berkongsi permohonan maaf yang dibuat Julia menerusi Instastory pada petang Sabtu.

Menerusi tangkap layar berkenaan, Julia memaklumkan tidak tahu kenyataan tersebut menjadi bahan di sebuah portal.

Jelasnya, dia hanya sekadar ingin memberitahu suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz adalah seorang suami yang baik dan tiada niat lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Lufya Omar warning dedah video bekas suami, minta Julia Farhana tutup mulut guna nama anak... beri 24 jam buat permohonan maaf

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pengorbanan Lufya bernilai RM1 juta, dituduh mata duitan buat tuntutan Mutaah

Dalam pada itu, Lufya berharap, mereka dapat membawa haluan masing-masing dan tidak menganggu kehidupannya bersama Haura.

Kata Lufya, Haura yang tidak mendapat hak sepatutnya membuatkan dia sensitif setiap kali nama anaknya itu disebut-sebut.

"Saya dah jaga aib masing-masing. Jaga sensitif. Awak bahagia cara awak, saya bahagia dengan anak.

"Bahagia cara korang dan jangan sentuh anak saya yang tidak dapat haknya. Dah tak dapat hak lepas itu korang 'drama' lagi seolah-olah korang malaikat. Siapa tak marah?

Lufya 2

Kemelut Lufya dan bekas suami masih belum kesudahan.

"Dah minta maaf ini kali kedua. Letakkan noktah. Berhenti," luahnya.

Sebelum ini, Lufya meluahkan rasa hilang sabar terhadap Julia yang didakwa menggunakan nama anak perempuannya demi meraih publisiti.

Ia susulan kenyataan Julia meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan dibuat ke atas suaminya yang menyifatkan Dr Che Haifz seorang lelaki yang baik malah masih menyimpan baju Haura di dalam almari.

Lufya 4

Lufya minta Julia dan Che Hafiz jangan gunakan anaknya.

Susulan itu, Lufya memberi tempoh 24 jam untuk Julia membuat permohonan maaf atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Lufya juga memberitahu sekiranya gagal berbuat demikian dia tidak teragak-agak mendedahkan video Dr Che Hafiz yang didakwa memaparkan sejarah hitam bekas suaminya itu.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 namun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020.

Selepas tiga tahun menduda, Dr Che Hafiz kemudiannya berkahwin dengan Julia pada 14 Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain