suria

Seram! Alyah dengar suara misteri ketika rakam lagu ‘Alunan Biola’, penyanyi lain pun pernah diganggu sampai demam

Alya imbau kenangan diganggu ketika rakam lagu Alunan Biola.

PENYANYI Datin Alyah berkongsi pengalaman mistik diganggu semasa merakamkan lagu Alunan Biola yang pernah dipopularkan Allahyarham Saloma suatu ketika dahulu.

Kata Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, 42, dia mengalami demam sebaik sahaja mendengar suara misteri semasa merakamkan lagu berkenaan.

"Seingat saya sewaktu saya merakamkan lagu Alunan Biola di Rentak 50, esoknya saya demam dan badan saya terketar-ketar. Kejadian itu sekitar tahun 2003 atau 2004.

"Semasa itu saya dengar suara lain di dalam lagu berkenaan, abang soundman pun beritahu ada beberapa orang yang pernah menyanyikan lagu ini juga mengalami demam keesokan harinya," katanya kepada mStar.

301408894_600258615162497_2425524746624219085_n

Alyah demam selepas rakamkan lagu Alunan Biola.

Alyah berkongsi mengenai kejadian menyeramkan itu ketika ditemui di sidang media Konsert Apresiasi Irama Keroncong yang berlangsung di Istana Budaya pada Khamis lalu.

Berkongsi mengenai persediaannya untuk konsert tersebut, Alyah berkata dia perlu mengasah semula nyanyiannya setelah lama tidak menyampaikan lagu irama berkenaan.

Kata Alyah lagi, semakin dirinya berusia dia semakin menyukai genre muzik ini kerana ia mampu memberikan ketenangan buat dirinya.

"Bila dapat tawaran untuk membuat konsert ini saya perlu asah balik apa yang patut. Saya seronok nak menyanyikan lagu keroncong sebab dah lama tak menyanyikan lagu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagi laluan BBNU, Alyah teroka bidang perniagaan sebagai persediaan masa depan... “Umur bukan sentiasa muda”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sekali dua bolehlah kata muka sama” - Ada identiti tersendiri, ramai samakan wajah Alyah dengan pelakon kontroversi

"Lebih-lebih lagi bila digandingkan dengan mereka yang legenda dan perlu ambil pengalaman ini.

"Nak menyanyikan lagu keroncong ini susah sebenarnya terutama dari segi penafasan, lagi-lagi pula saya dah buat pembedahan bariatrik tapi inilah masa untuk saya cabar diri.

"Dulu saya rasa lagu keroncong ini macam lambat nak habis tapi sekarang apabila dengar saya rasa tenang, dah umur begini baru saya faham," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mahzan Manan selaku penganjur memaklumkan irama Keroncong ini mempunyai peminat tersendiri mendorongnya untuk menganjurkan konsert berkenaan.

305496864_582731866920322_1835491070342799515_n

Alyah teruja terima tawaran konsert irama Keroncong.

Malah konsert ini juga merupakan salah satu cara untuk menarik anak muda mengenali irama keroncong dengan lebih dekat.

"Kami mahu irama Keroncong terus bersemarak dan perkasa dalam era ini kerana genre ini juga mempunyai keunikan tersendiri.

"Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia bukan sahaja untuk peminat tegar namun, malah kami mahu menarik minat penggemar muzik baharu untuk mengenali dan menikmati irama Keroncong yang tidak patut dilupakan," ujarnya.

Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia dijadulkan berlangsung di Istana Budaya pada 5 dan 6 Ogos depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain