suria

“Sekali dua bolehlah kata muka sama” - Ada identiti tersendiri, ramai samakan wajah Alyah dengan pelakon kontroversi

Alyah kesal wajah sering dikaitkan dengan seseorang.

PENYANYI Datin Alyah meluahkan rasa kesal apabila ada pihak menyamakan wajahnya dengan seorang selebriti wanita yang enggan disebut namanya.

Alyah atau Noor Hasliah Abu Hasan, 42, berkata, dia akur dengan persamaan wajah mereka namun menegaskan dia memiliki identiti tersendiri apatah lagi lebih berusia berbanding individu dikaitkan dengannya.

"Orang kata manusia ada tujuh wajah sama, pelanduk dua serupa. Tapi sekali dua bolehlah kata muka saya sama dengan sesiapa. Tapi kalau setiap kali saya buat video ke apa... mesti orang cakap benda sama.

"Ya Allah, Ya Tuhanku, saya ada mak awak, saya ada ayah awak, saya ada suami, saya ada muka sendiri. Kalau ikutkan saya ni dah tua dah, lahir pun 1981 terpaksa pula kita ikut muka budak itu padahal kita lahir dulu ya... pening," katanya.

327038115_156027037220235_3979049858479837973_n

Alyah kesal wajahnya sering dikaitkan seseorang.

Alyah berkongsi perkara itu menerusi akaun TikTok miliknya baru-baru ini.

Penyanyi itu bagaimanapun berkata, dia tidak kisah jika disamakan dengan individu itu namun persamaan tersebut membuatkan dia seakan-akan tenggelam sedangkan dia ingin dikenali sebagai dirinya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Alyah akui masa dengan suami terhad setiap kali musim GV, jarang keluar makan sama-sama

ARTIKEL BERKAITAN: Bagi laluan BBNU, Alyah teroka bidang perniagaan sebagai persediaan masa depan... “Umur bukan sentiasa muda”

"Tak kisah lah, boleh saja. Yalah nak cakap macam mana kan, kejadian yang Allah dah bagi tapi kalau dah selalu sangat, upload video semua orang lain tag, tag orang tu.

"Rasa macam aku tak ada kehidupan ke? Aku pun nak orang tahu yang aku ni Alyah. Alyah you all," ujarnya.

Tambah Alyah, bukan niatnya untuk menghina individu tersebut namun berharap agar tidak lagi menyamakan diri mereka.

Tapi kalau setiap kali saya buat video ke apa... mesti orang cakap benda sama.

ALYAH

PENYANYI

"Saya tak kata hina... saya nak suruh berhenti sebut nama orang lain bila nampak saya ya. Tak payah negatif sangat," jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat bahawa wajah Alyah mirip dengan isteri kedua pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar selain memuji kecantikan penyanyi tersebut.

Malah ada juga berpendapat bahawa Alyah terlihat lebih cantik berbanding dengan individu tersebut.

308725659_155908973748791_6535274485556139746_n

Netizen samakan wajah Alyah dengan Ira Kazar.

"Datin Alyah lagi cantik kot, apa nak disamakan dengan orang itu. Jauh panggang dari api.

"Nampak macam sebaya datin, saya baru nak maki tadi. Nasib baik bukan dia itu.

"Selisih malaikat yang kata datin serupa itu, di mata kami tetap nampak cantik," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain