suria

Lufya Omar warning dedah video bekas suami, minta Julia Farhana tutup mulut guna nama anak... beri 24 jam buat permohonan maaf

Lufya tuntut permohonan maaf dari isteri Che Hafiz.

PELAKON Lufya Omar sudah hilang sabar terhadap isteri bekas suaminya iaitu aktres Julia Farhana yang didakwa menggunakan nama anak perempuannya demi meraih publisiti.

Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 38, berkata, dia menggesa agar Julia tidak menggunakan anaknya iaitu Laana Haura demi mendapatkan publisiti kerana ia tidak membantu meringankan usaha dia membesarkan kanak-kanak berusia 6 tahun itu.

Malah aktres itu meminta bekas suaminya Dr Che Hafiz dan Julia berhenti berlakon menjadi mangsa dan menutup mulut daripada bercakap mengenai Haura.

"Tak habis-habis play victim, drama salam, drama nak tolong nafkah anak. Sesuai karakter suami isteri, sejoli memang tak akan habis.

Lufya meluahkan rasa tak puas hati di Instastory.

"Tak boleh diam mulut itu suka publisiti guna nama Haura. Tak ada kebaikkan pun selepas drama salam dekat mahkamah tempoh hari untuk Haura?

"Saya juga kena berusaha cari duit untuk semua. Berapa sen 'arwah' kasi? Diamlah, jumpa di mahkamah 26 Julai ini," katanya menerusi Instastory miliknya pada pagi Sabtu.

Kemarahan aktres itu dipercayai berhubung tindakan Julia meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan dibuat ke atas suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pengorbanan Lufya bernilai RM1 juta, dituduh mata duitan buat tuntutan Mutaah

ARTIKEL BERKAITAN: Anak mula tanya tentang Dr Che Hafiz, Lufya elak jawab bimbang cakap perkara tak baik

Dakwa Julia, Dr Che Haifz merupakan seorang lelaki yang baik malah mendedahkan masih menyimpan baju anak perempuannya di dalam almari.

Susulan itu, Lufya memberi tempoh 24 jam untuk Julia membuat permohonan maaf atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Lufya juga memberitahu sekiranya gagal berbuat demikian dia tidak teragak-agak mendedahkan video Dr Che Hafiz yang didakwa memaparkan sejarah hitam bekas suaminya itu.

"Jangan sentuh nama Laana Haura! Jangan sampai saya keluarkan video sejarah hitam suamimu. Fitnah kepala otak kau!

Lufya minta henti guna nama anaknya demi meraih publisiti.

"Saya bukan malaikat nak sabar saja dengan perangai kamu berdua. Saya beri masa 24 jam untuk minta maaf sebelum saya keluarkan video.

"Awak dan keluarga kedua-dua belah pihak yang malu nanti. Baik awak diam dan minta maaf," katanya.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 namun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020.

Selepas tiga tahun menduda, Dr Che Hafiz kemudiannya berkahwin dengan Julia pada 14 Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain