suria

[V] Hafidz Roshdi disahkan waras, kes cederakan isteri boleh diteruskan

PELAKON Hafidz Roshdi disahkan waras dan dia layak meneruskan perbicaraan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor berhubung tuduhan mencederakan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa' Zamri semasa sebutan semula kes berkenaan dan laporan psikiatri di hadapan Hakim Mohd. Kafli Che Ali yang bertindak sebagai Majistret.

"Pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan (psikiatri) telah diterima dan tertuduh (Hafidz) disahkan waras dan kes boleh dibicarakan," kata Asmaa ketika prosiding berlangsung pada pagi Jumaat.

WhatsApp Image 2023-06-09 at 09.41.49

Hafidz ketika tiba di mahkamah untuk perbicaraan kes cederakan Shuhada.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh lain bagi serahan dokumen.

Hafidz diwakili oleh Datuk Akberdin Abdul Kadir yang juga merupakan peguam pelakon Puteri Sarah Liyana bagi kes penceraiannya dengan pengarah Syamsul Yusof.

Akberdin turut memaklumkan pihak mahkamah perlu meneliti semua dokumen mengenai segala pertuduhan anak guamnya itu sebelum tindakan selanjutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi tenang, berkopiah hadir mahkamah bagi sebutan kes cederakan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshid tak perlu lagi dirujuk ke Hospital Bahagia, sedih tiada peluang jumpa anak-anak

"Belum bicara lagi, akan ada sebutan baharu nanti... selepas teliti semua keterangan dalam bentuk dokumen yang diserahkan tu maka baru boleh buat keputusan untuk pertimbangkan kembali kes ini untuk tindakan selanjutnya.

"Fokus kita ini adalah untuk pastikan tertuduh sihat menjalani perbicaraan dan sewaktu kejadian (tumbuk isterinya) tu lain," katanya pada pemberita.

Hakim bagaimanapun menetapkan semula sebutan kes bagi kedua-dua pihak pada 17 Julai depan.

WhatsApp Image 2023-06-09 at 12.16.40

Hafidz dilaporkan waras mengikut laporan perubatan.

Pada 5 Mac lalu, Hafidz ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari ketika hadir di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain