suria

Dah sah pun malu-malu... Aksi comel ketika ambil gambar kahwin buat peminat tersenyum, puji imej bertudung Janna Nick

Janna tersipu malu bila aksi mesra bersama Dini menjadi tontonan ramai.

GELAGAT pasangan pengantin baru Janna Nick dan Dini Schatzmann ketika mengambil foto perkahwinan selepas upacara pernikahan berlangsung pada pagi Sabtu mencuri perhatian peminat.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, pasangan berkenaan kelihatan malu-malu apabila diminta jurugambar untuk melakukan aksi romantis ketika berada dalam sebuah kereta mewah.

Malah Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, kelihatan malu-malu apabila jurukamera memintanya melakukan aksi cumbu dengan Dini kerana sedar aksi itu ditonton oleh hadirin.

"Tak payahlah," katanya sambil menahan malu.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada pagi Sabtu.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata tercuit hati melihat aksi pasangan pengantin berkenaan dan mendoakan agar mereka kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Peminat turut memuji kejelitaan Janna yang lengkap bertudung dan menutup aurat ketika majlis pernikahan yang diadakan di Masjid A'ishah Sungai Menghulu, Pulau Langkawi, Kedah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick dan Dini Schatzmann sah suami isteri dengan sekali lafaz, nikah di Pulau Langkawi

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berpaut pada lengan Dini Schatzmann, netizen terus siasat... Janna Nick pun pakai baju sama

"Comelnya! Sambil tersenyum tengok mereka berdua ini. Tumpang gembira dengan Janna dan Dini. Dah kahwin pun malu-malu lagi.

"Dini harap bersabar... Abang jurugambar pun jangan buat kami cemburu," antara komen netizen.

Janna dan Dini ketika ini sedang diraikan dalam sebuah majlis kenduri yang diadakan di sebuah resort terkemuka di Pulau Langkawi.

Aksi comel pasangan ini buat peminat gembira melihat kebahagiaan Janna dan Dini.

Pada pagi Sabtu, Janna dan Dini atau Dini Azan Schatzman, 29, disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Janna iaitu Muner Abdullah dengan bersaksikan pengerusi masjid berkenaan, Othman Yahya.

Berita pernikahan pasangan itu mengejutkan peminat memandangkan sebelum ini hubungan cinta di antara mereka dilaporkan sudah berakhir pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun tindakan Dini memuat naik gambar menampakkan bahu seorang wanita dipercayai Janna pada sambutan Aidilfitri lalu membuatkan peminat percaya mereka sudah kembali bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain