suria

‘Cinta Sampai Mati’ dedikasi Atilia buat arwah bapa, luahan rasa kehilangan orang tersayang

Atilia lancarkan lagu Cinta Sampai Mati buat ayahnya.

SETELAH enam tahun tidak tampil dengan lagu baharu, penyanyi Atilia Haron melancarkan single Cinta Sampai Mati yang mempunyai maksud tersendiri buat dirinya.

Atilia atau Raja Putri Atilia Raja Haron, 49, berkata, lagu tersebut adalah luahan perasaan buat bapanya, Allahyarham Raja Haron Raja Aziz yang tidak pernah dikongsi sebelum ini.

"Lagu ini adalah ekspresi saya tentang macam mana saya rasa tentang kehilangan arwah bapa saya tahun lepas.

Atilia 2

Atilia kembali mengeluarkan lagu selepas enam tahun mendiamkan diri.

"Saya belum lagi betul-betul menangis, keluarkan emosi yang sebenarnya berkenaan kehilangan seorang bapa tapi semua perasaan saya diluahkan dalam lagu ini," katanya kepada mStar.

Kongsi Atilia, lagu berkenaan adalah hasil gubahan Choky Nanggolan yang berasal dari Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Atilia Haron imbau kenangan terpilih wakil Malaysia dalam iklan di Liverpool, ada kisah hanya sempat tayang 2 minggu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yasin Sulaiman sempat gubah 13 lagu dalam tahanan penjara, sudah fikir calon penyanyi

Tambah penyanyi itu, lagu berkenaan adalah single pertama daripada album keempatnya yang dirakam sepenuhnya di negara berkenaan.

"Choky adalah komposer dan penulis lirik... Choky sebelum ini pernah bekerjasama dengan saya melalui lagu Bahagia Ku yang terkandung dalam album sebelum ini," ujarnya.

Atilia 1 (1)

Bapa Atilia iaitu Raja Haron Raja Aziz meninggal dunia pada 2022.

Atilia berharap supaya dengan kemunulan lagu terbaharunya itu, ia dapat memberi ruang kepadanya kembali menyerlah dalam industri muzik negara.

Tidak pernah meninggalkan dunia muzik, Atilia mengakui dia agak sibuk akhir-akhir ini dengan menjadi pengajar yoja selain membuat persembahan di majlis korporat.

"Lagu terakhir saya yang paling popular pun adalah Kekanda Adinda. Jadi saya harap melalui lagu Cinta Sampai Mati ini orang tidak lupa yang Atilia ini adalah seorang penyanyi," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain