suria

Siap makan dan tidur... Lelaki ceroboh rumah Nabil Ahmad didenda RM3,000

Penceroboh kediaman Nabil didenda RM3,000.

LELAKI yang didakwa menceroboh kediaman pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad dikenakan hukuman denda RM3,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Rembau, Negeri Sembilan pada Selasa.

Tertuduh iaitu Fadzril Ahmad Abdul Anif, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Kartini Kasran selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Sekiranya gagal membayar denda tersebut, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani penjara 10 bulan.

Pada 4 Januari tahun lalu, tertuduh didapati dengan sengaja menceraboh kediaman Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 40, tanpa pengetahuan dan kebenarannya.

aa

Rumah Nabil diceroboh lelaki berkenaan awal tahun lalu.

Tertuduh didakwa menyelinap masuk ke rumah tersebut kira-kira pukul 7.50 mlam di Kampung Senama Tengah, Rembau, Negeri Sembilan.

Kes didakwa mengikut Seksyen 442 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukumman penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda sehingga RM5,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, adik kepada Nabil menerima panggilan daripada abangnya memaklumkan lampu dan pintu rumah mereka terbuka pada tarikh dan masa yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ujian bila sampai, jangan main-main" - Nabil Ahmad minta jaga lisan komen isu artis buka tudung, takut berbalik diri sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok Nabil tengok anak perempuan pakai tudung, doa semoga istiqamah... "Saya dulu nakal, belajar agama pun lambat"

Sejurus selepas dimaklumkan, adik pelawak berkenaan yang ditugaskan menjaga kediaman itu bergegas memeriksa kediaman tersebut dan mendapati kejadian itu adalah benar.

Hasil pemeriksaan mendapati gril serta pintu rumah rosak dan ruang tamu serta tiga bilik kecuali bilik utama dalam keadaan berselerak.

Selain itu, adik Nabil turut menjumpai sehelai baju kemeja T, tiga helai seluar tracksuit dan sepasang kasut.

Di dalam poket seluar tersebut terdapat kad pengenalan milik tertuduh.

Tertuduh mengaku telah masuk ke dalam rumah dengan cara menolak pintu dengan kuat, makan, berehat dan tidur di dalam rumah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain