suria

Masalah disiplin punca syarikat rakaman ‘buang’ Putera Band, ibu dedah sebab Haziq gerak solo

Haziq bengang isu lama dibangkitkan kembali.

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba ahli kumpulan Putera Band kembali membangkitkan isu pengunduran vokalisnya iaitu Haziq yang didakwa meninggalkan band itu tanpa perbincangan anggota lain.

Tampil mengulas isu berkenaan, ibu Haziq yang juga penyanyi iaitu Linda Eva memberitahu Haziq bergerak solo atas pemintaan syarikat rakaman mereka sendiri.

Linda berkata keputusan tersebut dibuat bukan kerana kemahuan anaknya, sebaliknya atas kehendak syarikat rakaman.

"Nak jadikan cerita kumpulan tersebut dibuang daripada syarikat rakaman, tinggal Haziq seorang.

PB1

Ibu tampil perjelaskan isu anak tidak bersama kumpulan lamanya.

"Kita dengar arahan syarikat rakaman sebab kami ada kontrak bersama... siapalah kita untuk melawan. Kita tak ada kuasa untuk membuat keputusan.

"Kita bukan suka-suka untuk keluar... Haziq bengang apabila dituduh keluar dari Putera Band," katanya ketika dihubungi mStar.

Menerusi laporan portal ini pada Isnin, drummer Putera Band iaitu Alepp meluahkan rasa kecewa apabila Haziq membuat keputusan meninggalkan kumpulan itu tanpa sebarang perbincangan sejak tahun 2019.

Malah mereka juga meminta supaya Haziq tidak lagi menggunakan nama band berkenaan sekiranya mahu meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami tak bercakap... dia dah block saya” - Putera Band nak jumpa Haziq selesaikan isu, jangan guna lagi nama kumpulan

ARTIKEL BERKAITAN: Haziq tinggalkan Putera Band, minta maaf kepada peminat

Berkongsi lanjut punca syarikat rakaman melepaskan kumpulan berkenaan, Linda memberitahu terdapat masalah disiplin di antara ahli mereka.

"Syarikat rakaman kata ada masalah dalam kumpulan tersebut iaitu masalah disiplin... ada beberapa kali mereka buat hal.

"Jadi mereka (syarikat rakaman) tak nak gunakan kumpulan lagi," jelasnya.

Itu permintaan syarikat rakaman dan kami hanya ikut sahaja.

LINDA EVA

PENYANYI

Ditanya mengenai tindakan Haziq masih menggunakan nama Putera, Linda berkata perkara itu atas permintaan syarikat rakaman.

Namun pihaknya tiada masalah sekiranya kumpulan berkenaan juga ingin terus menggunakan nama Putera Band.

"Kenapa nama Haziq Putera, itu permintaan syarikat rakaman dan kami hanya ikut sahaja. Tapi kalau mereka nak Putera Band ambillah kerana perkara ini tidak pernah jadi isu dan masalah.

"Kita tak pernah ganggu dan tidak pernah sebut mengenai isu penggunaan nama Putera Band," ujarnya.

PB 3

Putera Band pernah terkenal dengan lagu Rebahku Tanpamu.

Enggan memanjangkan isu ini memandangkan ia melibatkan ramai pihak, Linda menganggap apa yang dilakukan oleh ahli kumpulan lain sekadar mencari publisiti murahan.

Malah meminta pihak berkenaan menggunakan cara lain untuk meraih populariti.

"Cari jalan lain kalau nak glamor, buat konten dekat TikTok lagi bagus," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain