suria

“Tipu semua tu” - Foto atas pelamin undang spekulasi, Sharnaaz Ahmad masih solo

Foto yang dikongsi Sharnaaz menimbulkan tanda tanya ramai.

PELAKON Sharnaaz Ahmad menyangkal dakwaan kononnya dia sudah menamatkan zaman dudanya apabila memuat naik foto di atas pelamin bersama seorang wanita di Instagram miliknya.

Menjelaskan kekeliruan itu, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basri Ahmad, 38, berkata, perkongsian yang dibuat itu sekadar gurauan.

"Tipu semua itu. Tiada apa pun. Tiada kahwin atau apa-apa. Saya sedang bekerja sekarang ini," jawabnya ringkas ketika dihubungi mStar pada Selasa.

sharnaaz 2

Sharnaaz menyangkal dia sudah menamatkan zaman dudanya.

Cerita pelakon itu sudah berkahwin hebat diperkatakan apabila mereka berpakaian sedondon iaitu biru muda ketika duduk di atas pelamin.

Anak lelaki Sharnaaz iaitu Jebat Jayden, 5, turut kelihatan dalam foto berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cantik orangnya! Sharnaaz Ahmad tunjuk teman wanita, siap pegang tangan ketika hadir tayangan ‘Polis Evo 3’

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau tiada jodoh Sharnaaz Ahmad rela masuk rumah orang tua, sudah buat tabung simpanan

Lebih menguatkan spekulasi, Sharnaaz turut menulis kapsyen dan tanda pagar seolah-olah dia kini sudah kembali bergelar suami.

"Maaf bukan lagi duda pilihan anda," jelasnya.

Bagaimanapun aktor ini sudah memadam gambar tersebut selepas beberapa minit ia dimuat naik.

sharnaaz 3

Sharnaaz hadir bersama pelakon Amelia Christie ketika tayangan perdana Polis Evo 3.

Sharnaaz sebelum ini terbuka berkongsi tentang hubungannya bersama pelakon Amelia Christie dan memberitahu mereka masih dalam fasa berkawan.

Mereka hadir dan jalan bersama ketika majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya iaitu Polis Evo 3 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Noor Nabila oada 31 Mac 2017 namun mereka sah bercerai pada 9 Julai 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain