suria

Nina Nadira selamat bersalin anak kedua, dalam sakit sempat singgah beli ‘fast food’ sebelum tiba hospital

Nina menyambut kelahiran cahaya mata kedua pada Jumaat.

PELAKON Nina Nadira selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor pada pukul 9 pagi hari Jumaat.

Bersyukur proses kelahiran dipermudahkan, Nadira atau Nina Nadira Naharudin, 30, memberitahu bayi lelaki seberat 2.6 kilogram itu dilahirkan secara normal.

"Sepatutnya masuk hospital pukul 7 pagi, namun sekitar pukul 4 pagi dah mula rasa sakit dan terus ke hospital.

nina nadira 2

Nina bersyukur urusan bersalin anak kedua dipermudahkan.

"Dalam perjalanan sempat juga singgah McDonalds dulu untuk beli makanan.

"Saya tahu kalau nak bersalin perlukan tenaga, jadi makanlah dulu. Paling tidak pun dapatlah rasa sebelum berpantang.

"Syukur segala urusan dipermudahkan. Saya pun dah ada pengalaman sebelum ini, jadi semuanya dah sedia awal," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nina Nadira belum berani pergi tempat awam - “Saya masih paranoid, lebih-lebih lagi ada baby!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Selepas bertarung kontraksi siang malam”... Zaki Azeman dah jadi bapa, isteri selamat bersalin anak lelaki

Kata Nina, selepas berpantang nanti dia mungkin akan memperlahankan kerjaya seni kerana mahu memberi fokus membesarkan anak-anak di rumah.

"Saya rasa kalau dah masuk anak kedua ini, fokus saya haruslah diberikan kepada keluarga. Mungkin akan perlahankan kerjaya seni dahulu.

Saya tahu kalau nak bersalin perlukan tenaga, jadi makanlah dulu. Paling tidak pun dapatlah rasa sebelum berpantang

NINA NADIRA

PELAKON

"Saya mahu menjaga sendiri anak-anak dan melihat mereka membesar. Waktu bersama anak-anak dalam tempoh mereka membesar ini sangat penting," ujarnya.

Untuk rekod, Nina mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Farhan Rusman pada 29 Julai 2017.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Nina Lilyanna yang kini berusia empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain