suria

[V] “Bila saya cakap macam tu” - Syafiq Yusof tak mahu lagi ulas mengenai Syamsul, kesal kenyataan diputar belit

PENGARAH Syafiq Yusof meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak yang sengaja memutar belit kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini mengenai keinginan untuk menyambut hari raya bersama abangnya iaitu pengarah Syamsul Yusof.

Gara-gara kejadian itu, Syafiq, 31, berkata dia kini memilih untuk mengunci mulut dan enggan mengulas sebarang isu berkaitan abangnya itu.

"Saya minta maaf, saya tak boleh komen apa-apa. Sebelum ini saya ada cakap yang saya nak beraya dengan abang saya tapi keluar cerita kata saya nak beraya dengan orang lain (merujuk Ira Kazar).

Snapinsta.app_328127676_506464774890415_7802826125762900061_n_1080

Syafiq enggan komen mengenai isu Syamsul lagi.

"Ada pula pihak-pihak yang reka cerita datang entah dari mana... benda yang tak ada pun tiba-tiba ada. Sampai saya rasa bila saya cakap macam itu," katanya kepada pemberita.

Syafiq berkongsi perkara itu ketika ditemui Malam Gala Polis Evo 3 di Kuala Lumpur yang berlangsung pada malam Khamis.

Dalam pada itu, Syafiq berharap orang ramai agar tidak mudah mempercayai berita yang diterbitkan daripada blog yang tidak diyakini sumbernya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Syafiq Yusof selamat bersalin anak ketiga, syukur akhirnya dapat baby boy

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syafiq Yusof tak pernah jumpa Ira Kazar, yakin Syamsul mampu selesaikan kemelut rumah tangga

Tambah Syafiq, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya keadaan bertambah teruk.

"Saya harap orang jangan percaya dengan blog-blog yang tidak dikenali dan pelik-pelik di laman Facebook.

"Pusing cerita itu satu hal, selepas itu reka pula cerita itu memang fitnah. Harap benda itu tidak berlaku. Kalau teruk sangat saya akan ambil tindakan.

"Macam saya kata sebelum ini, setiap keluarga itu ada masalah dia masing-masing. Cuma keluarga saya ini dikenali sahaja," katanya lagi.

Menyentuh mengenai Polis Evo 3, Syafiq berkata dia berlapang dada untuk menerima sebarang kritikan daripada semua pihak mengenai filem berkenaan.

Snapinsta.app_333077100_875161593562381_6076044739122807967_n_1080

Syafiq sedia terima kritikan mengenai filem arahannya.

Dia bagaimanapun beranggapan bahawa setiap pengarah juga berhak untuk mengeluarkan pendapat terhadap kritikan yang diterima.

"Saya sentiasa bersedia menerima kritikan... dari dulu memang terima kritikan tapi bagi saya apa salahnya kalau seorang pengarah itu ada pendapat juga.

"Takkan sebagai pengarah saya kena diam sahaja... saya boleh terima pendapat orang, mereka pun kena terima pendapat saya," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain