suria

“Jangan lupa selfie dengan sejadah” – Isteri Afiq Muiz sindir siapa?

Pachara kecewa apabila dilayan seperti orang yang tidak mempunyai keluarga.

KEMELUT membabitkan pelakon Afiq Muiz dan isteri Pachara Apin masih lagi berpanjangan dan belum menemui jalan penyelesaian.

Terbaharu, Pachara atau Nur Aaira Mahdeya, 31, memuat naik hantaran berbentuk sindiran yang ditujukan kepada seseorang menerusi Instagram.

"Mahu melindungi abang iblis pendera, menjawab kamu sama Tuhan.

"Teruskan sembahyang, jangan lupa selfie dengan sejadah. Doa cepat sampai dengan mobile data," tulisnya di Instastory.

pacha1 - 1

Hantaran yang dimuat naik di instastory.

Dalam pada itu, Pachara turut meluahkan rasa kecewa apabila dilayan seperti orang yang tidak mempunyai keluarga.

Menurut Pachara, dia masih mempunyai ibu dan individu itulah yang membantunya menelefon pihak polis melaporkan kejadian sewaktu menjadi mangsa dera.

ARTIKEL BERKAITAN: Afiq Muiz buat laporan polis selepas isteri dakwa kaki pukul... Aishah Azman pula minta kakak ipar jangan reka cerita!

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh sebar fitnah dipukul Afiq Muiz, Pachara Apin tampil bukti bergambar dan laporan polis

"Ibu saya senyap sebab sabar. Mereka tak pernah jumpa ibu bapa saya. Jadi mungkin mereka lupa dan anggap saya ini yatim piatu.

"Namun, ibu bapa saya masih hidup. Dia yang membantu saya menelefon polis walaupun dia berada di Sabah. Jiran saya juga pernah telefon untuk selamatkan saya," ujarnya.

Teruskan sembahyang, jangan lupa selfie dengan sejadah. Doa cepat sampai dengan mobile data.

PACHARA APIN

ISTERI PELAKON AFIQ MUIZ

Bagaimanapun, Pachara menjelaskan sekiranya dia tidak mempunyai keluarga sekali pun, dirinya tidak sepatutnya disakiti.

"Kalau pun saya yatim piatu, patutkah kamu buat hidup manusia lain sakit?

"Patutkah kamu menyebelahi sang dayus yang menunggang agama? Patutkah kamu hipokrit tahap maksima?," luahnya.

Sebelum ini, adik iparnya yang juga pelakon iaitu Aishah Azman mendakwa Pachara menabur fitnah dan memutar belit cerita seolah-olah menjadi mangsa keadaan.

pacha2 - 1

Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019.

Menurut Aishah, Afiq sama sekali tidak memukulnya sebaliknya Pachara yang mencederakan dirinya sendiri.

Susulan kejadian itu, Afiq membuat laporan polis di Balai Polis Dengkil, Selangor dan akan membawa kes berkenaan ke mahkamah bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar.

Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain