suria

Dituduh menipu status perkahwinan sebelum ini, Ejai Aziz tampil jelaskan salah faham

Ejai jawab salah faham dalam kalangan peminat.

GARA-GARA laporan tidak tepat mengenai berita perkahwinan kali kedua, komposer dan vokalis kumpulan Azzara Band iaitu Ejai Aziz dituduh menipu kerana menyorokkan status dirinya sebelum ini.

Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Ejai atau nama sebenarnya Mohd Azrizal Mohd Aziz, 35, memberitahu perkahwinannya bersama Nursyahirah Azhar yang berlangsung pada Jumaat lalu merupakan kali ketiga selepas dua kali dia gagal dalam hubungan rumah tangga.

"Orang mungkin tahu saya pernah berkahwin sebelum ini selepas tular kisah saya menari dengan bekas isteri di hadapan pejabat agama, sebab itu ada yang kata kali ini adalah perkahwinan kedua.

ejai aziz 3

Ejai harap perkahwinan ketiga ini akan berkekalan.

"Apabila keluar cerita saya kahwin kali kedua, teman-teman rapat anggap saya berbohong sehingga timbul salah faham. Sebenarnya ini adalah perkahwinan ketiga saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Dengan penjelasan ini, Ejai berharap dapat menjawab kekeliruan dalam kalangan peminat yang banyak mempersoalkan status perkahwinannya di ruangan komen Facebook.

Bercakap tentang wanita pilihannya kali ini, Ejai memberitahu Nursyahirah adalah seorang yang sangat memahami dan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin walau tempoh perkenalan baru enam bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Vokalis Azzahra Band Ejai Aziz naik pelamin buat kali kedua selepas setahun menduda

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun bergelar duda, Ejai Aziz nak kahwin lagi tapi masih trauma... “Anak pun dah minta mama baru”

"Allah sudah tetapkan ini jodoh saya. Masanya sudah tiba untuk kembali berumah tangga. Kalau jodoh sudah sampai saya terima sahaja.

"Dia mempunyai ciri-ciri wanita yang saya mahukan. Sebelum ini isteri banyak memberi sokongan dan dia kenal saya ketika melalui fasa sedih.

Sebenarnya ini adalah perkahwinan ketiga saya

EJAI AZIZ

PENYANYI

"Isteri saya merupakan seorang guru tetapi sebelum ini pernah bekerja sebagai penari kebudayaan. Jadi dia faham dengan dunia seni," jelasnya.

Untuk rekod, Ejai mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertama iaitu Muhamad Amie Rayyan, 6, dan Muhamad Anas Hafiy, 5.

ejai aziz 2

Ejai bersama dua orang anaknya.

Dalam pada itu, Ejai juga memberitahu penyakit misteri yang pernah dialami sebelum ini beransur pulih namun masih dalam proses rawatan.

"Alhamdulillah sekarang keadaan saya semakin okey. Namun masih lagi dalam proses rawatan kerana takut 'benda' itu datang lagi," ujarnya.

Sebelum ini, Ejai mendedahkan dia menanggung kesakitan di bahagian kemaluan dipercayai akibat perbuatan sihir.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain