suria

Mona Allen tak sanggup tengok anak kehausan, usaha pelbagai cara untuk banyakkan susu badan

Mona Allen rela makan banya demi dapatkan susu badan yang mencukupi.

BAGI memastikan bayinya mendapat nutrisi secukupnya, pelakon Mona Allen memberitahu dia sangat menitikberatkan soal penyusuan untuk Petra Pekin.

Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 36, berkata dia mencuba pelbagai cara untuk memastikan susu badannya sentiasa mencukupi kerana tidak sanggup melihat Petra menangis kelaparan.

"Selagi ada susu dibadan mummy, akan mummy berikan seluruhnya pada kamu. Biarlah mummy terpaksa minum dan makan banyak untuk pengeluaran susu yang optimum, janji kamu ceria dan sihat sentiasa. Biarlah mummy terpaksa berjaga malam untuk menyusukan kamu, janji kamu tidak menangis kehausan.

311992581_683154482904901_5729772291734674857_n

Mona Allen sanggup makan banyak demi susu anak mencukupi.

"Biarlah mummy duduk berjam-jam lamanya, janji kamu selesa menyusu dalam keadaan begitu. Biarlah mummy bawa kamu ke sana ke sini, janji kamu tidak putus susu dgn mummy," katanya.

Mona berkongsi mengenai perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Bukan itu sahaja, Mona juga mengaku bukan mudah menyusukan anak lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan masalah kekurangan susu badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mona Allen sambut bayi Merdeka

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang hati isteri berubah, Pekin Ibrahim nasihat Mona Allen jangan kongsi kisah bertudung di media sosial

"Ya. Mummy mengaku penyusuan bukan semudah ABC. Bila susu drop. Mummylah orang yang paling sedih dan susah hati," katanya lagi.

Bagaimanapun, Mona bersyukur apabila suaminya iaitu Pekin Ibrahim, 41, sentiasa menghulurkan bantuan dan sentiasa berada di sisi.

"Mujur Daddy banyak membantu. Daddy selalu urut belakang Mummy untuk memperbanyakkan penghasilan susu. Daddy juga sentiasa belikan mummy makanan yang sedap-sedap.

Selagi ada susu dibadan mummy, akan mummy berikan seluruhnya pada kamu.

MONA ALLEN

PELAKON

"Bila mummy terlelap, daddy biarkan mummy rehat dan tidur sebentar. Daddy mengerti, ini perjuangan mummy. Daddy sentiasa support mummy. Terima kasih Daddy!," kongsinya.

Dalam kesempatan itu juga, Mona turut berharap agar terus diberi kekuatan dalam memberikan yang terbaik buat anaknya selain memberi semangat kepada ibu-ibu di luar sana.

"Ya Allah. Kau murahkanlah rezeki susu buat anakku. Kau kuatkan kudratku untuk terus memberi susu yang terbaik buat anakku. Hindarkanlah perkataan malas dalam diriku dan kau berilah kesihatan yang baik untukku terus menjaga anakku.

Mona syukur suami, Pekin banyak membantu.

"Anda ibu menyusukan anak? Jangan putus asa ya, sebab kita ibu yang hebat," ujarnya.

Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga bersama Pekin pada 7 Disember 2018 dan mereka dikurniakan cahaya mata sulung pada 31 Ogos lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain